sentiasadihati
AS SALAMUALAIKUM
dan
Jangan Bosan Menambah Ilmu Di Dada....
Rabu, 17 Julai 2013
Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya
Mari kita sama2 amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah.
Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2.
Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa
tip yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai
ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada
Mu kami sembah dan hanya pada MU pohon pertolongan..", mintalah
apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita
ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita
diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki
ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah
untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak
(nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan
( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan
ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya.
Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia.
Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering
doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang
Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu
Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang
menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna
dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam
Barzakh nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita
tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan
padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat
melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak
lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali
ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku
juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai
untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu
kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah, bukan
bermaksud membenci. Ceritalah buat macam dramapun boleh.
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak
Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2
yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku
orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar
tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi
yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati
yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati
anak-anak ku sebut nama dia..... untuk faham agamanya ",
[kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak
faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka]
sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ".
Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat
kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan
lalai.. dan ingat kepada Allah selalu.
Langgan:
Catatan (Atom)