Al-Barraa' B Adzib memberitakan bahawa
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya seseorang muslim itu apabila dia
terputus daripada Dunia dan dia menghadapi akhi-
rat, turunlah kepadanya beberapa orang malaikat
dari langit dalam keadaan berwajah putih(berseri)
seolah-olah muka mereka bak sinar sang suria, ber-
sama mereka kain-kain kapan syurga dan ubat-ubat
pemelihara mayat daripada syurga, sehinggalah
mereka mengambil tempat-tempat duduk di mana
luasnya sepemandangan mata. Kemudian datanglah
malakul-maut lalu duduk di hujung kepalanya
seraya berkata:"Wahai jiwa yang tenang,keluarlah
untuk mendapat keampunan Allah dan keredhaannya".
"Maka dia pun keluar sebagaimana menitisnya air
daripada gereba(bekas air daripada belulang); dan
sekiranya kamu melihat dia keluar selain yang demi-
kian, maka keluar juga jiwanya, dimana apabila dia
dikeluarkan, maka tiadalah dia ditinggalkan dalam
tangannya sekelip mata pun, lalu dia meletakkannya
dalam kain kapan dan ubat pemelihara mayat; dan
dia keluar darinya seperti bau semerbak kasturi di
permukaan bumi".
"Lalu mereka membawanya naik, maka tiadala dia
melalui Malaikat antara para malaikat melainkan
mereka akan bertanya; "Siapakah roh yang baik ini?"
Maka mereka akan menjawab: "si anu anak si anu
itu adalah mempunyai sebaik-baik nama yang diberi
nama sewaktu didunia sehingga sampailah nama itu
ke langit yang menggiringnya sehingga seterusnya
sampai kelangit ketujuh".