AS SALAMUALAIKUM




Timbalah Ilmu Hingga Ke Negara China.....
dan
Jangan Bosan Menambah Ilmu Di Dada....

Ahad, 20 Mac 2011

SYAITAN HAMPIR

     Syaitan akan bertambah hampir kepada seseorang 
tatkala ia tidak dapat mengawal perasaan cemburu, 
marah dan tatkala memuncak keinginan. Dimasa itu-
lah syaitan mendapat peluang keemasan menghulur-
kan talinya seberapa panjang sekalipun.


     Tatkala manusia sedar akan layanan syaitan mem-
bawa kepada kejahatan, bertelingkahlah jiwa didada 
samaada mengikut alunan hawa nafsu atau tunduk 
dan patuh kepada larangan.


     Tentulah syaitan menyebelahi kepada kejahatan mana-
kala jiwa yang suci berisi Taqwa menyebelahi kepada 
kebaikan. 


     Jika kuat penarik jiwa suci, keluarlah orang 
itu dari medan pertelingkahan ini dengan jaya dan me-
nang, mundur dan kalahkan syaitan musuh dan seteru 
manusia. Memang percaya kepada Allah, bersandar de-
ngan kekuatan Allah, memohon perlindungan daripada-
nya adalah sebaik-baik senjata membawa seseorang ke-
pada keredhaan Allah dan kemenangan.

Selasa, 15 Mac 2011

PAKAIAN

     Walaupun pakaian adalah suatu yang penting 
untuk mengambarkan peribadi seseorang, tetapi i-
tu bukan matlamat dimana seorang muslim perlu 
berbelanja lebih untuk pakaian yang cantik lagi 
mahal. Tidak ada fesyen tertentu bagi pakaian 
yang mesti dipakai bagi sesuatu masyarakat dan 
islam juga tidak menentukan kita hanya boleh me-
makai satu jenis pakaian sahaja. Tetapi beberapa 
garis panduan mengenai pakaian bagi lelaki dan 
wanita memang telah disebut dalam islam sebagai-
mana berikut:


1. Tidak meniru gaya atau fesyen pakaian orang 
yang bukan Islam.
2. Pakaian lelaki hendaklah tidak menyerupai pa-
kaian perempuan dan sebaliknya.
3. Boleh berpakaian cantik dan kemas kerana ber-
syukur kepada Allah di atas kurniaNya, asalkan 
tidak menyalahi peraturan pakaian yang telah 
ditetapkanNya. Memakai pakaian untuk bermegah-
megah dan sombong adalah haram kerana sombong, 
takbur dan bermegah-megah adalah sentiasa ditegah
 dalam semua keadaan.
4. Pakaian lelaki hendaklah menutup auratnya ia-
itu sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. 
Pakaian wanita hendaklah menutup seluruh tubuh-
nya kecuali muka dan tangan.
5. Pakaian yang menutup aurat hendaklah tidak
 jarang atau mengikut bentuk badan.
6. Memakai pakaian seragam adalah tidak dilarang: 
golongan profesional, askar, bomba, jururawat dan 
lain-lainnya selagi ia menutup aurat. Tetapi tidak 
dianjurkan alim ulama mengadakan pakaian seragam 
khusus bagi mereka, kerana islam melarang sebarang 
bentuk kepadrian.
7. Pakaian hendaklah sentiasa bersih tapi tidak se-
mestinya baru.
8. Tidak ada warna tertentu yang wajib dipakai oleh 
orang muslim asalkan menjaga batas-batas aurat dan 
perhiasan. Warna putih adalah warna yang baik bagi 
seorang Islam.
9. Pakaian hendaklah yang mudah dipakai dan di-
tanggalkan dan tidak menghalang ibadah seperti 
ketika mengambil wuduk.
10. Hendaklah mengucap syukur di atas kurniaan 
Allah apabila membeli pakaian baru.
11. Apabila mengenakan pakaian, hendaklah dimu-
lai dengan sebelah kanan dan memulakan dengan 
sebelah kiri bila hendak menanggalkannya setelah 
menyebut nama Allah diawal kedua-dua proses.






Pakaian Lelaki
1. Hendaklah mengambil kira panduan umum se-
bagaimana yang telah dinyatakan diatas.
2 Memakai sutera, broket, sutera yang disulam atau 
baju yang disulam dengan sutera adalah HARAM 
bagi lelaki kecuali bagi mereka yang terpaksa me-
makainya atas sebab-sebab perubatan.
3. Lelaki juga patut menjauhi memakai baju berwar-
na kunyit atau kuning kemerahan. Wanita tidak 
dilarang dari memakai baju berwarna tersebut.
4. Memakai pakaian yang tidak menepati suruhan 
Islam, mengambarkan mengikut budaya bukan 
Islam yang hukumnya adalah HARAM.
5. Pakaian lelaki terdiri dari:
a. Baju panas yang dipakai ketat(singlet)dibawah
 baju luar.
b. Seluar dalam.
c. Pakaian luar yang terdiri dari dua:seluar dan baju.
d. Penutup kepala berbentuk serban atau kopiah.
6. Pakaian sukan dan renang. Hendaklah mematuhi 
syarat-syarat menutup aurat iaitu ia mestilah menu-
tup bahagian diantara pusat dan lutut, tidak ketat 
dan tidak jarang.






Pakaian wanita


1. Hendaklah mengambil kira panduan asas seperti 
yang telah dijelaskan.
2. Pakaian wanita muslim hendaklah mematuhi se-
mua syarat-syarat dibawah ini:
a. Menutup dan menyembunyikan seluruh tubuh 
kecuali muka dan tangan.
b. Pakaian hendaklah bukan dari kain jarang atau 
nipis yang akan menampakkan kulit atau bentuk 
badan.
c. Pakaian mestilah longgar dan tidak ketat atau 
mengikut bentuk badan.
d. Tidak mengikut fesyen pakaian yang bukan islam 
sekalipun bertudung, hendaklah tudung yang me-
matuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh islam, 
bukan fesyen tudung yang kecil dan berwarna-warni 
seperti yang banyak terdapat sekarang ini.
e. Pakaian wanita hendaklah melambangkan ciri-
ciri kewanitaannya dan tidak menyerupai pakaian 
lelaki.
f. Hendaklah pakaian itu bukan berwarna garang 
atau yang mengghairahkan.
g. Tidak memakai bau-bauan apabila diluar rumah 
atau ditempat yang ada bukan mahramnya.

SIKAP LEMAH LEMBUT DAN BAIK HATI

Rasulullah menganjurkan sikap baik hati diprak-
tikkan dalam semua perlakuan orang islam. Antara 
contoh-contoh baik hati ialah:


1. Bila bercakap suara hendaklah hanya cukup di
dengar oleh orang, tidak perlu terlalu kuat.
2. Elakkan perkataan yang buruk dan kasar.
3. Ketawa tidak kuat.
4. Hendaklah cuba menahan tangisan, bila menan-
gis hendaklah dengan sopan,tidak menjerit-jerit dan 
hendaklah mengesat air mata.
5. Makan dan minum dengan perlahan, tidak gelojoh.
6. Bila marah, hendaklah seorang muslim mengawal
perasaan marahnya dan menjaga batas-batas kesopan-
an.
7. Ibubapa hendaklah menamakan anak-anak me-
reka dengan nama yang indah dan baik maknanya, 
dan elakkan dari nama yang buruk maknanya.
8. Disunatkan senyum apabila bertemu sesama manusia.
9. Orang muslim dikehendaki memandang dengan pan-
dangan yang sopan dan penuh minat ke arah orang yang
bercakap apabila mereka bercakap dengan kita.
10. Apabila memberi nasihat hendaklah dengan kata-
kata yang lemah lembut dan berhati-hati.

Isnin, 14 Mac 2011

TENTANG DOSA-DOSA

     Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan 
sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata:"Saya 
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksud-
nya:"Aku didalam apa yang diberikan Allah kepada 
Nabi Musa bin Imran a.s,didalam alwaah sepuluh bab, 
yang pertama: 'Hai! Musa jangan menyekutukan Aku 
dengan sesuatu apapun, sebab Aku telah memutus-
kan bahawa api Neraka akan menyambar muka orang-
orang musyrikin (yang menyekutukan Allah). 


     Dan taatlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapa-
mu, nescaya Aku pelihara engkau dari bahaya, dan 
aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan engkau 
dengan penghidupan yang lebih baik, kemudian Aku 
pindahkan engkau ke alam yang lebih baik. 


     Dan jangan membunuh jiwa yang Aku haramkan 
kecuali dengan hak, nescaya menjadi sempit bagimu 
dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya 
dan akan kembali engkau dengan murkaKu di dalam 
api Neraka. 


     Dan jangan sumpah dengan namaKu dalam 
dusta atau derhaka, sebab Aku tidak akan membersih-
kan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak
mengagungkan nama-namaKu. 


     Dan jangan hasad dengki, iri hati terhadap apa 
yang Aku berikan kepada orang-orang kerana peng-
hasad itu musuh nikmatKu, menolak kehendakku 
membenci kepada pembagian yang aku berikan ke-
pada hamba-hambaku, dan siapa yang tidak me-
ninggalkan hasad itu maka bukan daripadaku. 


     Dan jangan menjadi saksi terhadapa apa yang 
tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan 
engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu, 
sebab aku akan menuntut saksi-saksi itu
dengan teliti atas persaksian mereka. Dan jangan 
mencuri. 


     Dan jangan berzina dengan isteri tetanggamu 
nescaya Aku hijab wajahku daripadamu dan aku 
tutup pintu-pintu langit daripadamu. 


     Dan jangan menyembelih korban untuk lainKu, 
maka Aku tidak menerima korban kecuali yang di-
sebut namaKu dan ikhlas untukKu. Dan cintailah 
terhadap sesama manusia apa yang engkau suka 
untuk dirimu sendiri. 


     Dan kosongkan hari sabtu itu hanya untuk ibadat 
kepadaku demikian pula liburkan anak keluargamu. 
Kemudian Rasulullah s.a.w.bersabda: Sesungguhnya 
Allah menjadikan hari sabtu itu hari raya untuk Nabi 
Musa a.s. dan Allah memilihkan untukku hari Juma'at 
sebagai hari raya(hari libur).







Jumaat, 11 Mac 2011

PANTUN MARI BERSOLAT

Berbaju kurung bertudung labuh
berkain songket berselipar jepun
awal pagi dah sembahyang subuh
agar hidup sentiasa rukun.

 Pagi-pagi minum kopi
bekalan untuk perjalanan ke Johor
pandu kereta berhati-hati
masuk waktu sembahyang zohor.

 Orang kaya berkereta besar
sambil bersembang memakan kacang
bila tibanya waktu Asar
itu tandanya hari dah petang.

 Waktu petang menjamah roti
roti dibeli dikedai cik syarip
mulut ibu tak henti-henti
menyuruh adik sembahyang maghrib.


Wanita cantik lelaki kacak
hulurkan senyuman muka berseri
bila malam sembahyang
baru cukup 5 waktu sehari.

Rabu, 9 Mac 2011

Perbezaan Antara Yang Dicintai Allah dan Yang Dibenci Allah

     Berbuat syukur dan meninggalkan kufur ter-
hadap nikmat itu, tidaklah sempurna jika tidak 
mengetahui apa yang dicintai Allah Ta'ala dan 
apa pula yang dibenciNya. Oleh kerana erti dari-
pada syukur ialah mempergunakan nikmat Allah 
Ta'ala dalam hal yang disenangiNya. Sedangkan 
erti kufur nikmat ialah kebalikan daripadanya, 
baik mengerjakan apa-apa atau tidak memperguna-
kan nikmat itu ataupun mempergunakannya dalam 
hal-hal yang dibenci oleh Allah Ta'ala.


     Untuk membezakan apa yang dibenci dengan 
apa yang dicintai Allah Ta'ala, ada dua macam alat:
1. Pendengaran: ertinya mendengarkan ayat Al-
Quran dan Hadis.
2. Suara hati nurani: Yang kedua ini adalah sulit, 
oleh kerana itu ia mulia.


     Oleh kerana itulah Allah Ta'ala mengurus para 
Rasul dan dengan perantaraan mereka itu Allah 
menunjukkan jalan bagi manusia. Kesedaran ten-
tang itu didasarkan atas kesedaran terhadap semua 
hukum-hukum syara' dalan perbuatan-perbuatan 
manusia.Barangsiapa tidak mengetahui hukum-
hukum syara'terhadap semua perbuatannya, tidak 
mungkin sama sekali dia menetapi hak-hak syukur.


     Tentang yang kedua iaitu memandang dengan 
hati nurani, maksudnya memahami hikmat Allah 
Ta'ala dalam segala keadaan makhlukNya. Sebab 
segala sesuatu yang diciptakan di alam ini pasti 
mengandungi hikmat; dibalik hikmat itu ada mak-
sud dan maksud itulah yang dicintai. Hikmat ter-
sebut dibagi menjadi dua, ada yang jelas dan ada 
yang samar-samar.


     Adapun hikmat-hikmat yang jelas, iaitu seperti 
pengetahuan bahawa nikmat dalam kejadian mata-
hari itu ialah dapat dibezakannya antara siang dan 
malam, siang untuk mencari nafkah dan malamnya 
untuk beristirehat, hingga mudah bergerak diwaktu 
terang dan berdiam diri diwaktu gelap. Ini semua 
termasuk sebahagian dari nikmat matahari dan bu-
kan keseluruhannya. Bahkan disana ada nikmat 
lain yang lebih banyak lagi.


     Demikian pula hikmat adanya awan dan turun 
hujan serta terbelahnya tanah oleh pelbagai tumbuh-
tumbuhan yang dapat dimakan oleh manusia dan 
juga haiwan. Al-Quran juga menyingkapkan hik-
mat yang terang ini dan mudah difahami oleh orang.
Firman Allah: Maksudnya:"Kami telah curahkan 
air satu curahan. Kemudian kami hancurkan tanah 
itu sungguh-sungguh. Lalu kami tumbuhkan pada-
nya biji-biji makanan" (Abasa: 25)


     Adapun hikmat di ciptakan bintang-bintang dan 
planet-planet adalah tersembunyi dan tidak bisa 
diketahui oleh kebanyakan manusia. Kadar yang 
mudah dicapai oleh pengertian manusia iaitu bintang-
bintang tersebut sebagai penghias cakrawala agar 
mata senang memandang kepadanya, Dalam hal ini 
firman Allah memberi isyarat: Maksudnya:
"Sesungguhnya kami telah menghias langit yang 
dekat ini dengan satu perhiasan, iaitu bintang-
bintang."(ash-shaffat: 6)


     Semua bahagian alam ini baik langit,bintang-
bintang, angin,laut, gunung, tumbuh-tumbuhan 
maupun haiwan-haiwannya, bahkan anggota dari 
binatang itu sendiri, tidak sunyi sedikit pun dari 
hikmat.


     Dengan demikian barangsiapa yang memper-
gunakan sesuatu tidak pada tempatnya, tidak se-
bagaimana dikehendaki oleh Allah, maka itu ber-
erti mengkufuri nikmat Allah Ta'ala. Barang siapa 
memukul orang lain dengan tangannya, maka itu 
bererti mengkufuri nikmat adanya tangan itu. 
Sebab dijadikan tangan itu adalah untuk menolak 
segala yang akan mengganggu siri seseorang dan 
untuk mengambil apa yang bermanfaat bagi diri-
nya, bukan untuk merosak dan mengganggu orang
lain.


     Barang siapa memandang wajah orang yang bu-
kan mahramnya, maka itu bererti mengkufuri nikmat 
adanya mata, dijadikan mata supaya dapat melihat 
apa yang bermanfaat bagi agama dan dunianya, dan 
dapat menjaga diri dari apa yang membahayakan 
agama dan dunia tersebut.


     Demikianlah maksud dijadikan manusia, dan 
dijadikannya alam beserta isinya ini adalah untuk 
membantu manusia agar dapat smpai kepada Allah 
Ta'ala.Tidak akan sampai kepadaNya kecuali jika 
ia mencintai dan bergaul rapat denganNya. Tidak 
bisa mencintaiNya kecuali makrifat yang dihasilkan 
dari terus menerus berfikir. Tidak mungkin terus-
menerus berzikir dan berfikir kecuali harus ada tu-
buh jasmani. Tubuh ini tidak sempurna kecuali 
diciptakannya langit dan bumi.













Selasa, 8 Mac 2011

MAKSUD 99 NAMA ALLAH S.A.W.

Asmaul Husna


1.al-Rahman الرحمن Maha Pengasih
2.al-Rahim الرحيم Maha Penyayang
3.al-Malik الملك Maha Merajai/Memerintah
4.al-Quddus القدوس Maha Suci
5.al-Salam السلام Maha Memberi Kesejahteraan
6.al-Mukmin المؤمن Yang Memberi Keamanan
7.al-Muhaimin المهيمن Maha Pemelihara
8.al-Aziz العزيز Maha Gagah
9.al-Jabbar الجبار Maha Perkasa
10.al-Mutakabbir المتكبر Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran
11.al-Khaliq الخالق Maha Pencipta
12.al-Barik البارئ Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
13.al-Musawwir المصور Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
14.al-Ghaffar الغفار Maha Pengampun
15.al-Qahhar القهار Yang Memaksa
16.al-Wahhab الوهاب Maha Pemberi Kurnia
17.al-Razzaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
18.al-Fattah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
19.al-Alim العليم Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
20.al-Qabid القابض Yang Menyempitkan (makhluknya)
21.al-Basit الباسط Yang Melapangkan (makhluknya)
22.al-Khafid الخافض Yang Merendahkan (makhluknya)
23.al-Rafik الرافع Yang Meninggikan (makhluknya)
24.al-Muiz المعز Yang Memuliakan (makhluknya)
25.al-Muzil المذل Yang Menghinakan (makhluknya)
26.al-Samik السميع Maha Mendengar
27.al-Basir البصير Maha Melihat
28.al-Hakam الحكم Maha Menetapkan
29.al-Adl العدل Maha Adil
30.al-Latif اللطيف Maha Lembut
31.al-Khabir الخبير Maha Mengetahui Rahasia
32.al-Halim الحليم Maha Penyantun
33.al-Azim العظيم Maha Agung
34.al-Ghafur الغفور Maha Pengampun
35.al-Syakur الشكور Maha Pembalas Budi (Menghargai)
36.al-Ali العلى Maha Tinggi
37.al-Kabir الكبير Maha Besar
38.al-Hafiz الحفيظ Maha Menjaga
39.al-Muqit المقيت Maha Pemberi Kecukupan
40.al-Hasib الحسيب Maha Membuat Perhitungan
41.al-Jalil الجليل Maha Mulia
42.al-Karim الكريم Maha Pemurah
43.al-Raqib الرقيب Maha Mengawasi
44.al-Mujib المجيب Maha Mengabulkan
45.al-Wasik الواسع Maha Luas
46.al-Hakim الحكيم Maka Bijaksana
47.al-Wadud الودود Maha Pencinta
48.al-Majid المجيد Maha Mulia
49.al-Bais الباعث Maha Membangkitkan
50.al-Syahid الشهيد Maha Menyaksikan
51.al-Haq الحق Maha Benar
52.al-Wakil الوكيل Maha Memelihara
53.al-Qawi القوى Maha Kuat
54.al-Matin المتين Maha Teguh
55.al-Wali الولى Maha Melindungi
56.al-Hamid الحميد Maha Terpuji
57.al Muhsi المحصى Maha Menghitung
58.al-Mubdik المبدئ Maha Memulai
59.al-Muid المعيد Maha Mengembalikan Kehidupan
60.al-Muhyi المحيى Maha Menghidupkan
61.al-Mumit المميت Maha Mematikan
62.al-Hai الحي Maha Hidup
63.al-Qayyum القيوم Maha Mandiri
64.al-Wajid الواجد Maha Penemu
65.al-Majid الماجد Maha Mulia
66.al-Wahid الواحد Maha Esa
67.al-Ahad الاحد Maha Esa
68.al-Samad الصمد Tempat Meminta
69.al-Qadir القادر Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan
70.al-Muqtadir المقتدر Maha Berkuasa
71.al-Muqaddim المقدم Maha Mendahulukan
72.al-Muakhir المؤخر Maha Mengakhirkan
73.al-Awwal الأول Maha Awal (Alfa)
74.al-Akhir الأخر Maha Akhir (Omega)
75.al-Zahir الظاهر Maha Nyata
76..al-Batin الباطن Maha Ghaib
77.al-Wali الوالي Maha Memerintah
78.al-Mutaali المتعالي Maha Tinggi
79.al-Bar البر Maha Penderma
80.al-Tawwab التواب Maha Penerima Taubat
81.al-Muntaqim المنتقم Maha Penyiksa
82.al-Afu العفو Maha Pemaaf
83.al-Rauf الرؤوف Maha Pengasih
84.Malik al-Mulk مالك الملك Penguasa Kerajaan (Semesta)
85.Zu al-Jalal wa al-Ikram ذو الجلال و الإكرام Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
86.al-Muqsit المقسط Maha Adil
87.al-Jamik الجامع Maha Mengumpulkan
88.al-Ghani الغنى Maha Berkecukupan
89.al-Mughni المغنى Maha Memberi Kekayaan
90.al-Manik المانع Maha Mencegah
91.al-Dar الضار Maha Memberi Derita
92.al-Nafik النافع Maha Memberi Manfaat
93.al-Nur النور Maha Bercahaya (Menerangi, Memberi Cahaya)
94.al-Hadi الهادئ Maha Pemberi Petunjuk
95.al-Badik البديع Maha Pencipta
96.al-Baqi الباقي Maha Kekal
97.al-Waris الوارث Maha Pewaris
98.al-Rasyid الرشيد Maha Pandai
99.al-Sabur الصبور Maha Sabar