AS SALAMUALAIKUM




Timbalah Ilmu Hingga Ke Negara China.....
dan
Jangan Bosan Menambah Ilmu Di Dada....

Rabu, 17 Julai 2013

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya




Mari kita sama2 amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. 
Takut   pula timbul   sifat   sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2.
Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa 
tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai 
ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada 
Mu kami   sembah dan   hanya pada MU pohon pertolongan..", mintalah
apa-apa hajat   masa itu yang  ada hubung  kait dengan anak yang Kita 
ingat tu, habiskan   bacaan surah Al Fatihah   doakan semuga anak kita 
diberi kefahaman yang   sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki 
ilmu yang    bermanafaat   Dan    serahkan    urusan anak kepada Allah 
untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya   semasa dia tidur     ucapkan    bahawa, ibu nak 
(nama anak)   jadi   anak   yang    soleh sayang!.   Cubalah     amalkan 
( ustaz   kata ini   makna   kita   bercakap  dengan rohnya ) Dan ucapan 
ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa       bangun       solat      malam,     solatlah     hajat   disisinya. 
Maksudnya     Kita    solat    dalam      bilik dia Dan   dekat   dengan dia. 
Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu   beritahu   dia yang Kita sering  
doakan dia,  dia akan rasa satu ikatan    kasih sayang   yang hakiki yang
Kita amat    sayangkan   dia dan   nak dia  jadi anak soleh.Dia akan tahu 
Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta   dikasihani.   Ucapkan    setiap    masa bahawa  kita ni  sedang 
menunggu   panggilan   Allah. Jika    Dia tak   jadi  anak soleh bermakna 
dia  tak    sayangkan     kita   dan    tentunya   kita akan merana di Alam
Barzakh nanti.

5. Peluklah    anak selalu walaupun dia   sudah besar, sebagaimana Kita 
tatang dia masa kecilnya. Aura  ciuman  dan  belaian ibu sambil bisikkan 
padanya     yang    kita    bangga    mempunyai     anak         sepertinya.

6. Maafkan     anak     Kita   setiap masa   walaupun perbuatannya amat 
melukakan    hati    Kita.   Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak 
lakukan     itu     adalah kerana     dosa-dosa     kita    dimasa     lampau.

7. Yang    paling      penting      jaga tutur    kata Kita, jangan  sekali-kali 
ucapkan      perkataan    yang   boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku 
juga   kerana kita TER..    kata,      cepat-cepat     cari masa yang sesuai 
untuk    Kita    minta     maaf     padanya.    Mengakulah       padanya itu 
kelemahan     Kita, Kita marah      kerana dia      buat    salah,      bukan 
bermaksud     membenci.      Ceritalah    buat    macam dramapun boleh. 

8. Amalkan     membaca    ayat    40    surah Ibrahim    supaya Kita,anak
Dan     zuriat     keturunan      Kita    termasuk    dalam golongan orang2 
yang      tetap       mendirikan    Solat.  [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku 
orang yang     mendirikan    sembahyang   dan    demikianlah juga zuriat 
keturunanku.      Wahai       Tuhan     kami,     perkenankanlah         doa 
permohonanku.]

9. Selalu        ingatkan    anak bahawa      tak guna ada pangkat, belajar 
tinggi,       hatta      hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi 
yang mulia.    Allah     tak pandang wajah   yang cantik tapi pandang hati 
yang        cantik.        Allah tak        sayang, manusia          tak       suka.

10. Masa      basuh beras      niatkan    "Ya.. Allah       lembutkanlah hati 
anak-anak    ku       sebut nama dia.....      untuk       faham agamanya ", 
[kenapa    Kita    nak     dia     faham     agama,    kerana   anak yang tak 
faham     agama     boleh     bawa     ibubapanya     juga     ke    neraka] 
sebagaimana     engkau     lembutkan     beras       ini      menjadi   nasi ". 
Basuh       beras      lawan jam       ( macam org tawaf )   sambil selawat 
kepada      Nabi Muhamad S.A.W.      Masa buat    kerja ini     hati jangan 
lalai..       dan        ingat        kepada Allah selalu.

Selasa, 23 April 2013

TENIK-TEKNIK MENGUATKAN OTAK KANAN


1. Banyak membaca dan menghayati sejarah.

2. Banyak membaca pengetahuan umum (general knowledge)

3. Bermonolog.

4. Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancong.

5. Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain.

6. Menatap dan merenung Al-Quran.

7. Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi.

8. Selalu berfikir secara kreatif.

9. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi.

10. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.

11. Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini.

12. Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w.

13. Bermain catur.

14. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri-sendiri dengan menggunakan kata kunci ' apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana'.

15. Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.


MENINGKATKAN FUNGSI KEDUA-DUA BAHAGIAN OTAK TERUTAMA OTAK KANAN


Para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Orstein mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri.

Otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik.

Otak kanan pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.

Kaedah pendidikan di kebanyakan sekolah di seluruh dunia pada hari ini menekankan penggunaan otak kiri sahaja. Pengabaian fungsi otak kanan menyebabkan ia menjadi semakin tumpul dari hari ke hari. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu-individu yang memiliki otak kanan yang kuat.

Walaubagaimanapun, otak kanan yang kuat menjadi kurang bermakna jika kita memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.

Diantara keistimewaan yang dikecapi oleh individu yang memiliki otak kanan yang kuat :

1. Mudah menguasai ilmu kerohanian dan kebatinan.

2. Daya konsentrasinya sangat tinggi.

3. Kefahaman bahasa yang ulung.

4. Tidak pernah kering idea.

5. Kebolehan menghasilkan generalisasi yang tepat dan jitu.

6. Daya penelitian dan pengamatan yang tinggi.

7. Mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang yang diceburi.

8. Mudah memahami sesuatu yang abstrak (hakikat sesuatu).

9. Memiliki kekuatan berfikir (power of thinking).

10. Memiliki kemahiran belajar secara cemerlang (power of learning).

11. Memiliki tindakan dan tindak balas yang cepat (power of reflects).


MENGEMBANGKAN KEKUATAN KONSENTRASI




Kekuatan konsentrasi ialah kemampuan menumpu, memusat dan memfokuskan fikiran kepada satu perkara sahaja, tidak kepada perkara-perkara lain. Kekuatan konsentrasi ini berhubung erat dengan kekuatan mengingat dan berfikir. Salah satu faktor terbesar sindrom 'lupa' ialah kerana lemahnya daya penumpuan atau konsentrasi.

Kelemahan daya penumpuan menyebabkan fikiran mudah beralih, menerawang dan diganggu oleh persoalan-persoalan lain. Apabila ianya berlaku, maklumat-maklumat yang diperolehi melalui pembacaan, penglihatan dan pendengaran tidak dapat diingati dengan baik kerana ia tidak dapat didaftarkan ke dalam sistem ingatan seseorang.

Semasa konsentrasi terhadap sesuatu aktiviti, misalnya membaca, fikiran seseorang akan mengamati, memahami, menilai dan mengingati bahan bacaan tersebut dengan sangat baik. Individu yang memiliki daya konsentrasi yang tinggi mempunyai beberapa kelebihan.

1. Tahap kefahamannya tinggi. Cepat dalam memahami sesuatu perkara. Dapat memahami pengertian yang tersurat dan tersirat. Memahami sesuatu perkara dengan terperinci dan detail.

2. Cekap memproses dan menganalisa maklumat yang diterima.

3. Kecekapan mengeluarkan kembali fakta-fakta yang diperlukan dengan tepat dan terperinci.

4. Kebiasaanya cemerlang dalam bidang yang diminati.

5. Kebolehan bekerja dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu aktiviti dalam tempoh yang lama.

6. Menghasilkan kerja, tugasan dan karya yang bermutu.

7. Kemahiran berfikir dengan pantas dan tepat.

8. Mindanya sentiasa bersedia dan cergas.

9. Memiliki daya ingatan yang sangat tinggi.

Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai jenis latihan :

1. Letak segelas air di hadapan anda.
Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga,jam dan sebagainya.

2. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin.
Duduk pada jarak satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa.

3. Letak jam di hadapan anda.
Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama dua minit atau lebih. Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan kembali.

4. Solat dengan penuh konsentrasi dan khusyuk.
Hayati setiap makna surah di dalam solat. Lebih baik dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran kita pada ketika itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang dilakukan adalah lebih berkesan.

5. Membaca Al-Quran dengan melihat pada terjemahannya serta menghayati sedalam-dalam maknanya.

6. Berlatih mencongak sifir matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur, menolak, membahagi dan mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari. Buku latihan matematik sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Alex Osborn telah berjaya membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari berturut-turut mampu meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya.

7. Pendengaran secara imaginasi :
Tutup mata, dengarkan bunyi-bunyi berikut secara imaginasi dan pertahankan bunyi tersebut seberapa lama yang mungkin.

Sebelum itu cuba bayangkan situasi di mana anda pernah medengar bunyi tersebut.

o Bunyi ayam berkokok.
o Bunyi azan.
o Bunyi enjin kenderaan milik anda.
o Bunyi cerek yang sedang mendidih.
o Bunyi siren ambulan.
o Bunyi hujan lebat.

8. Penglihatan secara imaginasi :
Tutup mata, abatangkan perkara-perkara yang berikut secara imaginasi dan pertahankan imaginasi tersebut selama yang boleh :
o Anda sedang membaling bola.
o Anda berada di halaman rumah anda.
o Sahabat karib anda sedang ketawa.
o Kapal terbang.
o Permandangan di sebuah pantai.

9. Merasa, mencium dan melakukan pergerakan secara imaginasi.

Pertahankan imaginasi tersebut selama yang mampu:

o Bayangkan anda sedang mendayung perahu.
o Bayangkan anda sedang mengayuh basikal.
o Bayangkan anda sedang melakukan gerakan-gerakan dalam sembahyang.
o Menghidu bau durian.
o Merasa kepedasan cili. Latihan-latihan ini menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.

Pada peringkat awal, anda tentu menemui kesukaran dan kesusahan kerana tidak dapat memusatkan daya penumpuan dengan sepenuhnya. Mungkin anda merasa sakit kepala dan jemu. Tetapi bersabarlah, lama-kelamaan anda akan dapat menguasai kemhairan membuat penumpuan dan menjadi individu yang memiliki daya konsentrasi yang hebat dan mapan. Lakukan mana-mana latihan di atas selama 20-30 minit pada setiap hari secara konsisten.

Selain meningkatkan kekuatan konsentrasi fikiran, latihan-latihan ini dapat menambahkan kreativiti dan mencergaskan fungsi otak kanan. Aktiviti-aktiviti ini menyuburkan keseluruhan neuron di dalam otak dan hubungan antara sel-sel glia semakin teguh.

Ini menjadikan otak semakin aktif serta kuasa mengingat dan keupayaan menyerap pelajaran, ilmu dan maklumat bertambah. Selain itu, faedahnya yang lain ialah :

• Mempunyai minat yang lama.

• Sukakan perkara-perkara yang abstrak

• Sering didatangi ilham, intuisi, bisikan dan gerak hati.

• Kemampuan mengeluarkan idea-idea yang unik dan berkualiti.

• Daya kreativitinya tinggi.

• Selalunya pintar dan berkebolehan menyelesaikan masalah dengan cara yang unik dan berlainan daripada orang lain.

• Memiliki daya ingatan yang sangat baik terutamanya pada perkara-perkara yang dimanati.




MENGASAH DAYA INGATAN DAN HAFALAN



Kebolehan manusia menjadi kuat atau lemah dengan selalu menggunakan atau mengabaikannya. Ibarat seperti pisau kalau diasah selalu ia akan menjadi tajam. Kalau diabaikan, lama-kelamaan ia akan tumpul dan berkarat. Begitulah dengan daya ingatan manusia. Adalah menjadi kebiasaan ulama' - ulama' dahulu menghafal 6,666 ayat Al-Quran dan menghafal 10,000 hingga 100,000 hadis.

Apakah rahsia mereka ?

Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka berusaha mengasah dan menajamkan daya hafalan mereka sedari kecil lagi. Sekitar usia tujuh tahun mereka mula menhafaz Al-Quran dan dapat menghafaz keseluruhan pada usia 11 atau 12 tahun. Selepas itu mereka mula menghafaz puluhan ribu hadis, tafsir, nahu, sharaf, mantiq dan sebagainya. Imam Muhammad Husaini Az-Zibaidi telah menghafaz 4 jilid kitab Ihya' Ulumuddin yang mengandungi sekitar 4,000 muka surat serta puluhan kitab lain. Imam Ahmad bi Hanbal pula menghafaz 1,000,000 hadis.

Manusia pada zaman silam sukar untuk memperolehi buku kerana harga buku mahal dan jarang sekali orang yang mampu membelinya. Jadi mereka terpaksa memperolehi ilmu dengan jalan menghafal. Akitiviti menghafal ini mereka lakukan pada setiap hari selama bertahun-tahun.


Daya ingatan manusia pada masa kini semakin lemah kerana kewujudan mesin-mesin pencetak menyebabkan buku boleh dijual dengan harga yang murah. Manusia tidak lagi menjadikan menghafaz sebagai aktiviti harian mereka. Segala-galanya mudah. Ilmu dan maklumat terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis ; akhbar, majalah, buku, telefon, televisyen, komputer dan lain-lain. Kini manusia tidak lagi bergantung kepada hafalan untuk memperolehi ilmu.

Ilmu orang dahulu disimpan di dalam otak, manakala ilmu orang sekarang disimpan di dalam kitab. Apabila kebolehan menghafal diabaikan, lama-kelamaan memori kita menjadi tumpul. Sejarah menjadi saksi dan bukti kepada kekuatan daya ingatan yang luar biasa umat terdahulu.

Orang buta mempunyai ingatan yang lebih kuat berbanding dengan orang-orang biasa atau orang pekak dan bisu. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk memperolehi ilmu dan maklumat kecuali dengan mendengar kemudian mengingatinya di dalam hati. Mereka tidak dapat memperolehinya melalui penglihatan mahu pun pembacaan (kecuali segelintir yang mengetahui tulisan Braille). Daya ingatan mereka terasah dengan sendirinya tanpa disedari. Lama-kelamaan mereka memiliki daya ingatan yang kuat.

Sesetengah daripada mereka mampu mengingati beberapa langkah yang diperlukan untuk berjalan ke kantin, dapur dan stesen bas. Inilah rahsia orang buta yang perlu diselami. Sekolah-sekolah pondok di Malaysia dan Indonesia masih lagi mempraktiskan sistem pendidikan tradisional yang sangat menekankan hafalan.

Pelajar-pelajar dikehendaki menghafal kitab-kitab tertentu secara keseluruhannya. Sudah lumrah, pelajar-pelajar ini dapat menghafaz keseluruhan kitab Matan Ajrumiah, Matan Qatrun Nada, Matan Al-Fiah dan kitab-kitab dalam pelbagai bidang seperti nahu, sharaf, fiqh, tasawwuf, hadis dan tafsir.

Begitu juga pelajar-pelajar sekolah menengah agama kelolaan jabatan-jabatn agama negeri yang banyak menghafal, Ingatan mereka ternyata lebih baik berbanding dengan rakan-rakan dari sekolah menengah biasa.


Untuk mendapatkan kekuatan hafazan, mulai hari ini anda boleh mula menghafaz:

 Surah-surah Al-Quran yang lazim dibaca.

 Hadis-hadis.

 Kata-kata hikmah dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Arab.

 Peribahasa.

 Sajak-sajak bermutu.

 Perbendaharaan kata bahasa Ingeris, Pernacis, Mandarin, Melayu dan sebagainya.

 Isi-isi penting sesuatu berita akhbar, rencana dan subjek untuk peperiksaan.

 Rangkaikata-rangkaikata yang menrik dalam sesebuah artikel.

 Istilah-istilah agama, komputer, ekonomi, undang-undang, psikologi dan sebagainya.

 Nama anak-anak jiran, rakan dan saudara - mara.

 Tarikh lahir anak-anak, anak-anak saudara dan anak-anak kenalan istimewa.

 Nombor telefon yang agak kerap digunakan.

 Nama-nama kementerian bersama menterinya.

 Nama-nama pekerja di tempat anda bekerja.
Jadikan menghafal sebagai kegiatan harian yang wajib bagi anda. Namun anda mestilah faham terlebih dahulu tetntang apa yang ingin dihafal. Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk aktiviti menghafal.

Lebih lama masa yang diperuntukkan untuk mengasah hafalan, semakin tajamlah daya ingatan anda. Kalau anda benar-benar serius, berusngguh-sungguh dan konsisten terhadap amalan ini, tidak mustahil anda akan berupaya MENGHAFAL SEBUAH BUKU SELENGKAPNYA. Anda akan mampu menghafal setiap muka surat, perenggan dan ayat di dalam sesebuah buku. Ianya bukan mustahil.

Pengetahuan sahaja tidak dapat mengubah diri anda. Yang pentingnya, anda mesti bertindak. Berlatihlah menghafal pada setaip hari. Kembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri anda. Supaya minat anda bertambah, apa yang hendak dihafal, biarlah sesuai dengan pekerjaan, minat, kecenderungan dan hobi anda.

Kalau anda pelajar sekolah, hafallah isi-isi penting sesuatu subjek. Kalau anda ingin meningkatkan lagi penguasaan perbendaharaan kata (vocabulary) Bahasa Inggeris, bacalah akhbar atau artikel berbahasa Inggeris sambil menyemak dan menghafal erti perkataan yang tidak diketahui.

Kalau anda seorang imam, hafallah surah-surah Al-Quran. Kalau anda seorang penyajak, hafallah sajak-sajak bermutu oleh penyajak terkenal. Kalau anda seorang pensyarah, hafallah istilah-istilah penting di luar bidang anda seperti istilah-istilah undang-undang, ekonomi, agama, perkomputeran dan sebagainya.

PENGARUH BAU-BAUAN DAN WANGI-WANGIAN TERHADAP MENTAL


Menurut kaedah perubatan Nabawi (Nabi Muhammad s.a.w.) dan perubatan orang dari tamadun Yunani; bau-bauan terutamanya wangi-wangian amat besar pengaruhnya terhadap kecerdasan mental, kesihatan badan dan anggota batin keseluruhannya.

Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal. Sebagaimana kekuatan badan bertambah kuat dengan makanan lahiriah, begitulah juga dengan roh dan akal bertambah kuat dengan makanan rohaniah iaitu wangi-wangian.

Kaedah ini terbukti berkesan dengan kemunculan sebuah sistem perubatan dengan menggunakan bau-bauan dalam dunia saintifik yang dikenali sebagai "Sistem Perubatan Aromatheraphy". Kaum sufi Islam terutamanya yang berpusat di India, Khurasan dan Timur Tengah banyak menggunakan bau-bauan dan wangi-wangian untuk mengubati penyakit jantung, hati, gila, penyakit yang berjangkit pada alat kelamin dan saluran kencing, mengurangkan ketegangan (stress dan tension), memperbaiki emosi dan mood, MENINGKATKAN KECERDASAN MENTAL, meninggikan maqam kerohanian dan menyembuhkan pelbagai penyakit lain.

Ahli-ahli kebatinan seperti orang yang bertapa, pawang, bomoh dan ahli sihir juga menggunakan bau-bauan seperti kemenyan, kayu gaharu, colok dan sebagainya. Ia dipercayai menjadikan sesutau amalan lebih mujarab. Orang-orang Buddha juga menggunakan colok dalam upacara sembahyang mereka. Orang-orang Hindu pula menggunakan bunga-bungaan di kuil mereka.

Di antara bau-bauan dan wangi-wangian yang boleh diamalkan untuk meninggikan kecerdasan mental ialah :-

KASTURI Letakkan di dalam bilik dan sentiasa menciumnya.

AMBAR Diperolehi dari pokok pain. Dijual di kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. Diminum airnya.

KAYU GAHARU Dibakar dan asapnya disedut. Boleh meningkatkan minda, menguatkan deria pendengaran dan penglihatan.

BIJI SESAWI Tumbuk halus-halus, masukkan ke dalam kain kemudian dicium setiap hari.

TANDUK KAMBING Bakar dan sedut baunya.

RAMBUT MANUSIA Imam As-Sya'rani menyatakan faedahnya untuk kecerdasan.
Bakar dan sedut baunya. Perkara yang paling penting sekali ialah tubuh badan, tempat dan pakaian anda haruslah wangi. Jaga kebersihan badan, dalam bilik, rumah dan kereta.

Gunakan wangi-wangian yang anda sukai. Wangi-wangian memiliki kuasa semulajadi yang kuat dalam menghasilkan ketajaman intelek, memelihara kesihatan badan dan emosi serta menolak perlbagai penyakit.

Elakkan dari terdedah kepada bau yang sangat busuk kerana ia boleh menumpulkan fikiran dan melemahkan tubuh.

KETENANGAN MEMPERGARUHI KEUPAYAAN MENTAL



Kuasa minda berada pada tahap maksimum apabila kita berada dalam keadaan tenang dan bebas dari ketegangan. Gelombang otak bergerak dalam kadar pusingan yang rendah.

Pada tempoh ini, prestasi kerja otak adalah cemerlang. Kita sangat mudah mengingati sesuatu, berfikir dengan cekap dan pantas manakala idea-idea kreatif mengalir mencurah-curah.

Waktu pagi terutamanya pada hari cuti adalah contoh terbaik di mana gelombang fikiran adalah rendah. Fikiran anda begitu tenang, nyaman dan lapang.

Anda tentu mengalami, pada waktu ini fikiran anda dalam keadaan segar, ingatan cukup baik serta otak sungguh lincah dan cergas. Bahkan semasa anda mandi, mengosok baju atau mencukur misai, anda tentu diterjahi dengan pelbagai idea atau gagasan yang bermutu dan menarik sekali. Kedatangannya adalah secara mendadak dan sementara, tanpa terfikir terlebih dahulu.

Begitulah keadaannya apabila fikiran berada dalam gelombang 'alpha' iaitu gelombang yang bertekanan rendah dan bebas dari ketegangan dan tekanan; kuasa minda kita menjadi begitu bertenaga.

Di Bulgaria, Dr. Georgi Lozanoz mengasaskan kaedah 'Pembelajaran Suggestopedia'. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar yang mengikuti kelas bahasa asing iaitu bahasa Sepanyol di institutnya mampu menghafal 1,000 perkataan baru pada setiap hari.

Dengan hanya belajar 10 hari sahaja, di mana setiap harinya 4 jam sahaja, mereka mampu belajar apa yang dapat dipelajari selama satu tahun di institut-institut bahasa lain.

Kaedah ini sangat popular dan sedang berkembang pesat di Amerika Syarikat dan Eropah. Apakah rahsia kejayaan kaedah Suggestopedia ini?

Rahsia kejayaannya ialah KETENANGAN DAN KEREHATAN semasa belajar (tension-free). Kelasnya terdiri daripada 14 - 15 orang pelajar. Kerusi di dalam kelas adalah 'kerusi malas'.

Semasa sesi pembelajaran, muzik yang boleh membangkitkan ketenangan kepada jiwa dimainkan dengan sangat perlahan terutama muzik klasik oleh komposer-komposer baroque. Muzik baroque sangat disukai kerana detakannya 60 kali seminit, sama dengan dengupan jantung manusia ketika berada dalam keadaan tenang dan rehat.

Selepas setiap 30 minit belajar, mereka berhenti rehat sambil mendengar muzik dan bersantai. Guru-guru adalah mesra. Tidak pernah marah, merungut, menyindir atau berleter apabila pelajar melakukan kesilapan.

Kaedah ini benar-benar berasaskan prinsip 'tension-free' iaitu bebas dari tekanan dan ketegangan serta penuh dengan istirehat dan ketenangan.

Eksperimen Dr. Lozanov mendapati ketenangan mempengaruhi daya ingatan dan kecerdasan fikiran. Apabila melakukan aktiviti istirehat, denyutan jantung berkurang 5 - 10 denyutan, tekanan darah menurun, gelombang beta menurun, ketegangan berkurang, dapat mengawal stress, membaiki kesihatan otak, tubuh badan serta emosi, pernafasan semakin perlahan, meningkatkan daya konsentrasi seterusnya meningkatkan kecerdasan dan ingatan.


Beberapa tahun lalu pula, dunia digemparkan dengan penemuan saintis bahawa pokok yang hidup dalam suasana muzik keras (Rock) lambat membesar berbanding pokok yang hidup dalam suasana muzik perlahan.

Dari penemuan ini dapat disimpulkan bahawa suasana persekitaran mempengaruhi bukan sahaja terhadap perkembangan otak manusia bahkan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Suasana persekitaran yang penuh dengan ketegangan boleh melambatkan perkembangan fisiologi, emosi dan akal.

Ketenangan jiwa ialah 'pokok' kesihatan rohani dan jasmani. Manakala ketegangan, kebimbangan dan kegelisahan adalah 'pokok' segala penyakit rohani dan jasmani termasuk kelembapan dan kelumpuhan fikiran.

Antara penyakit yang kerap melanda orang yang selalu mengalami stress dan tension ialah sakit perut, sakit kepala, kekejangan otot, kerosakan gigi, lemah urat saraf, lemah pancaindera penglihatan dan pendengaran, wajah muram dan cepat tua, PELUPA, KELEMAHAN DALAM BERFIKIR dan LEMAH DAYA PENUMPUAN.

Pada peringkat yang lebih kronik ia akan menyebabkan lelah, darah tinggi, kencing manis, mati pucuk, sakit pinggang, lemah jantung, lumpuh, kanser dan penyakit-penyakit jiwa. Semasa mengalami ketegangan seperti marah, cemas, gelisah dan sedih; pernafasan menjadi semakin kuat dan tekanan darah bertambah tinggi.
Ini menyebabkan banyak darah dipam dengan kuat ke arah jantung, urat saraf dan otot-otot.

Manakala darah kurang mengalir ke tempat-tempat yang sepatutnya iaitu perut dan usus. Akibatnya proses-proses di usus terhenti. Limpa mengecut sambil melepaskan darah-darah yang ada padanya. Zat-zat gula pula yang belum diolah dan tersimpan di dalam hati yang berbentuk lemak haiwan dialirkan ke pembuluh darah. Ini pula menyebabkan kadar gula di dalam darah menjadi berlebihan.

Semua proses ini berlaku kesan dari utusan dan isyarat marah, sedih dan gelisah yang sampai ke otak. Selanjutnya hormon-hormon adrenalin dihasilkan dengan banyaknya. Ini semua menimbulkan kelemahan-kelemahan biologi, fizikal dan mental.

Jadi untuk mendapat memori yang baik dan minda yang cergas, anda perlulah menjadi seorang yang berjiwa tenang dan jauh dari keluh-kesah.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh membantu mengekalkan ketenangan jiwa :-

• Selalu bersolat dengan khusyuk.

• Sentiasa berwudhu' terutamanya semasa tension.

• Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran.

• Berpuasa dan bersolat sunat.

• Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca Al-Quran.

• Tidur yang mencukupi.

• Suasana dan kediaman yang teratur.

• Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar.

• Menziarahi sahabat-sahabat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang mengembirakan.

• Elok pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai.

• Melangsaikan semua hutang.

• Atasi segera masalah-masalah yang merungsingkan hati.

• Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati.

• Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit setiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut.

• Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran.

• Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapai tekanan(stress). Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.

• Percaya kepada Qadha' dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Allah, sama ada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

PENJAGAAN SARAF UNTUK KESIHATAN AKAL


Untuk memelihara prestasi akal supaya tidak berkurangan dan melemah, kita harus benar-benar menjaga kesihatan urat saraf. Urat saraf yang lemah menyebabkan akal fikiran turut menjadi lemah dan buntu. Kesihatan urat saraf pada tahap yang terlalu lemah dan kronik menyebabkan seseorang akan hilang akal dan kesiumannya.

Kelemahan urat saraf menyebabkan kelemahan akal fikiran dan kebinasaan urat saraf menyebabkan kebinasaan akal fikiran. Berikut adalah panduan penjagaan urat saraf :-

1. Kurangkan meminum kopi dan teh.

Kopi tidak bagus untuk saraf. Meminum kopi secara berlebihan menimbulkan ketegangan saraf, darah gemuruh, sukar tidur, jantung berdebar-debar, membuang air kecil dengan berlebihan, merosakkan buah pinggang, mempercepatkan penuaan, gastrik, darah tinggi, peluh yang berlebihan dan sebagainya.

Teh juga mengangu fungsi sistem saraf. Tukarkan minuman kepada susu.

2. Tidur haruslah mencukupi.

3. Elakkan tidur yang berlebihan.

4. Elakkan tidur selepas Subuh dan Asar.

5. Penjagaan makanan : Amalkan pemakanan seimbang, berzat dan berjadual. Makanlah secara sederhana iaitu tidak terlalu kenyang atau tidak terlalu lapar.

6. Rehat apabila badan memerlukan. Jangan melakukan sesuatu pekerjaan fizikal/mental secara berlebihan. Sekiranya badan atau fikiran terasa letih sewaktu bekerja atau membaca, berilah sedikit kerehatan padanya.

7. Elakkan ketegangan fikiran, sedih, terlarut-larut dengan emosi dalam tempoh yang lama. Ikhtiarkan untuk memulihkan kedamaian jiwa dengan sentiasa berwudhu', membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa dan bersolat sunat, membaca buku-buku agama atau berjumpalah dengan seseorang yang boleh menenangkan anda.

8. Kurangkan memakan makanan yang mengandungi bahan awet, bahan perasa, pewarna dan ubat tahan seperti makanan ringan, minuman bergas atau sebagainya.

9. Melakukan onani.

10. Melakukan persetubuhan yang terlalu kerap.


Pemulihan Saraf

Amalkan sekiranya mengalami kelemahan saraf :-

1. Berehat dan berbaring di tempat tidur.

2. Banyak minum air susu. Kurangkan meminum teh dan kopi.

3. Mandi dengan air hangat.

4. Banyak minum air oren, lemon atau segala jenis limau.

5. Makan makanan yang berselera.

6. Makan tomato secara mentah.

7. Kunyah dua atau tiga ulas bawang putih pada setiap pagi.

8. Makan telur separuh masak yang dicampur dengan madu dan beberapa biji buah badam pada setiap malam.




TIDUR YANG MELEMAHKAN AKAL



1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi.
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
4) Tidur yang terlalu banyak. Tabib - tabib amat tidak menyukai tidur terutamanya selepas Subuh dan Asar kerana dipercayai boleh melemahkan akal dan pengamalnya akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf. Anda mungkin pernah mengalami, selepas terbangun dari tidur pada waktu senja, otak anda menjadi bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja !

RAHSIA AIR ZAMZAM



Air Zam Zam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan, kretif, kaya, mulia, pandai, terhormat, membaiki akhlak dan lain-lain lagi. Rasullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Air Zam Zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai)." Dengan kata lain, barangsiapa yang meminumnya untuk sebarang hajat, dia akan mencapainya. Orang - orang soleh telah mencubanya untuk mendapatkan hajat-hajat dunia dan akhirat.

Air ZamZam ialah penghulu segala air, sebaik-baik air di muka Bumi, air yang paling mulia, paling berharga dan paling bernilai. Telaganya digali oleh Jibril a.s untuk diminum oleh Nabi Allah Ismail a.s.

Potensi air ZamZam untuk seribu satu hajat ini dieksploitasi oleh para ulama', misalnya Imam Jalaluddin As-Sayuti. Sewaktu mengerjakan haji, beliau meminum air Zamzam dengan berniat dan berdoa semoga Allah menjadikan beliau seorang yang melaut ilmu agamanya atau seorang yang tersangat alim. Allah telah mengabulkan hajat beliau ini. Beliau telah menjadi seorang ulama' yang paling alim pada kurun ke-10 hijrah. Ibnu Abbas, bapa saudara nabi juga menjadi seorang yang mendalam ilmunya berkat air ZamZam.

Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata, "Orang yang meminum air ZamZam itu:
"Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya. Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman. Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit. Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya. Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya. Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya. Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya. Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya. Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya. Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya."

Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab 'Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam' karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim. Sebenarnya, apa jua niat semasa meminum air ZamZam, asalkan niat itu baik dan halal, Insya'Allah ianya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.Amin.

Isnin, 22 April 2013

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM



Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) KISMIS Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. CARA MAKAN : i)Menghadap Kiblat ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM : i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halia ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina. Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan. 11) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
12) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
13) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.
14) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
15) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula. 16) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
17) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
18) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
19) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
20) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
21) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori.


MAKANAN PENYEBAB LUPA
1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.










PEMAKANAN UNTUK KEPINTARAN AKAL


Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal. Kalau seseorang tidak memperolehi makanan dalam tempoh yang lama, 20 jam umpamanya, badannya menjadi letih, penat dan lesu. Jiwanya lemah dan pesimis. Otaknya lembab dan kuasa fikirannya menurun. Emosinya terganggu menyebabkan ia menjadi pemurung , perakus dan pemarah. Bila sahaja mendapat makanan, tiba-tiba dia berubah menjadi cergas, cerdas, lincah, bersemangat, riang dan gembira. Begitulah besarnya pengaruh makanan terhadap fizikal, spiritual, mental dan emosi.

Pun begitu, terdapat pelbagai jenis makanan. Ada yang cepat memberi kesan terhadap kecergasan otak, ada yang lambat. Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal, seimbang, berzat dan berjadual.

 Makanan seimbang ialah set makanan yang mengandungi kesemua bahan makanan yang diperlukan oleh otak dan tubuh supaya dapat berfunsi dengan sempurna. Ia terdiri dari tujuh kumpulan makanan iaitu protein, karbohidrat, vitamin, lemak, mineral, air dan serat. Tanpa keseimbangan makanan, fungsi sel-sel dalam otak dan organ tubuh badan akan terjejas.

MAKANAN UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KEPINTARAN AKAL

1)KARBOHIDRAT Membekalkan tenaga kepada seluruh badan termasuk otak. Sumbernya ialah nasi, roti, sayur - sayuran, madu, gula, buah-buahan seperti kentang, keledek, pisang dan lain-lain.
2)PROTEIN Ia mata perlu untuk KESIHATAN OTAK KESELURUHANNYA. Berperanan menumbuh, membentuk, membesar dan mengantikan sel-sel yang rosak. Sumbernya ialah susu, daging, ikan, telur, kekacang, tauhu, keju, kacang pis dan lain-lain.
3)LEMAK Membekalkan tenaga kepada badan. Sumbernya ialah mentega, minyak makan, marjerin, lemak binatang dan tumbuhan.
4)AIR Merupakan bahan utama semua benda hidup. Air berfungsi mengeluarkan kekotoran, membersih dan mengalir darah serta zat makan ke seluruh badan. Seterusnya MENGEKALKAN KESIHATAN OTAK. Kita mudah dihinggapi penyakit, gangguan emosi dan gangguan sistem pencernaan sekiranya kekurangan air. Seelok-eloknya minumlah air mati (jarang/masak/putih) sebanyak 8 gelas sehari. Sebelum tidur, cukupkanlah bilangan air yang perlu diminum.
5)MINERAL Untuk aktiviti saraf dimana otak merupakan teraju utamanya. Sumbernya ialah telur, susu, sayur - sayuran, limpa, hati, ulam-ulam dan makanan laut seperti udang.
6)VITAMIN Semua vitamin A,B,C,D,E dan K diperlukan. Vitamin A Menguatkan deria penglihatan dan pendengaran, menguatkan tenaga dan urat saraf serta melicinkan pernafasan. Sumbernya ialah susu, kuning telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan. Vitamin B Membantu pembakaran makanan yang lebih efektif untuk kesihatan badan. Sumbernya ialah sayur-sayuran, bijirin, telur, hati, yis, buah-buahan segar, beras dan kacang. Vitamin C Penguat sistem ketahanan badan, meningkatkan kesihatan mata dan kulit, meninggikan daya tumpuan seterusnya engurangkan khayalan semasa proses pembelajaran. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
7)SERAT Melicinkan sistem pencernaan dan pembuangan najis. Gangguan pada sistem pencernaan menyebabkan kehilangan daya tumpuan, kelemahan fikiran dan gangguan perasaan. Kesemuanya ini menjejaskan potensi otak dan ingatan. Sumbernya ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

ZAT-ZAT MAKANAN UNTUK KEKUATAN INGATAN

Menurut penyelidikan saintifik terkini, terdapat beberapa zat makanan yang dapat membantu meningkatkan kekuatan memori. Bahan -bahan tersebut ialah Choline, Lesithin, Vitamin E, Asid Glutamik, Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika. Choline ialah sejenis asid amino. Boleh diperolehi dari kacang soya, bunga kobis, kacang pistachios daging, ikan dan telur. Lesithin didapati dari telur merah, kacang soya dan organ otak binatang terutama otak ayam. Vitamin E terdapat dalam hati, telur ayam, betik, sayuran hijau, sayur taugeh, minyak kelapa sawit dan bijirin seperti jagung, beras, tepung gandum penuh(wholemeal). Asid Glutamik terdapat dalam kacang soya terutamanya. Manakala Kalium Fosfat, Magnesium Fosfat dan Silika boleh diperolehi dengan menggunakan ubat-ubatan dari sistem perubatan biokimia.





KEMAMPUAN OTAK YANG MENAKJUBKAN

Ramai manusia tidak menyedari bahawa otak mempunyai kekuatan yang amat menakjubkan. Ia umpama raksasa gagah yang sedang tidur. Pelbagai eksperimen yang dilakukan oleh saintis membuktikan potensi otak jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan. Menurut ahli neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak yang sebenar. Malah penyelidikan mereka yang mutakhir menunjukkan kita menggunakan kurang dari satu peratus dari kemampuan otak yang sebenar.

Ini bermakna kita telah mensia-siakan 99% potensi otak yang maha hebat ini. Alangkah ruginya harta yang sangat berharga ini kita biarkan berdebu, tidak digunakan, tidak dipedulikan dan tidak dikembangkan. Otak orang dewasa mengandungi 10,000,000,000 (sepuluh bilion) neuron atau sel saraf. Seekor lebah yang memiliki 900 neuron mampu membuat pelbagai kerja yang mengkagumkan.Ia mampu membina indung lilin, memproses madu yang dikenali sebagai 'raja ubat', membawa masuk udara segar ke dalam sarang, mengawal suhu dan cahaya, menghasilkan cecair pencuci untuk kerja-kerja pembersihan sarang, menganalisa cahaya, berkomunikasi, menjaga kebajikan dan disiplin rakan-rakan.

Manusia yang memiliki sepuluh bilion neuron tentu mempunyai kemampuan jutaan kali ganda dari kemampuan lebah. Cuba bayangkan orang yang mempunyai RM 900 tentu boleh membeli bermacam-macam benda. Dia boleh membeli air tin, nasi lemak, kasut, pakaian, buku, basikal 'racing' dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dengan orang yang memiliki RM 10,000,000,000 (sepuluh bilion=sepuluh ribu juta ringgit)? Sudah tentu ia mempunyai kemampuan dan 'kuasa beli' yang jauh lebih hebat. Dia boleh membeli apa sahaja dengan sekehendak hatinya. Dia boleh membeli pizza, ayam goreng di KFC, sekandang lembu, motosikal, kereta, bas, lori treler malah jet pun boleh beli. Begitulah potensi dan kemampuan otak manusia. Masalahnya sekarang, kita tidak menyedari bahawa kita adalah 'terlalu kaya' dan memiliki kemampuan yang sungguh hebat. Kita ibarat si miskin yang tidak menyedari bahawa di bawah rumah kita tersimpan harta karun warisan keturunan kita yang tidak ternilai harganya.

Sekiranya potensi otak ini betul-betul diperkembangkan dan dimanfaatkan, kita akan menjadi seorang Super Pintar dan mampu mengingati apa sahaja maklumat dengan tidak lupa selama-lamanya. Berapa ramai cendiakiawan Islam memanfaatkan keupayaan otak mereka untuk menghafal 6,666 ayat Al-Qur'an, menghafal 100,000 hadis dan menghafal puluhan kitab tebal yang mengandungi ribuan mukasurat. Mereka berupaya mengingati kitab-kitab tersebut lengkap dengan bab, muka surat, perenggan, ayat, baris, koma dan noktahnya sekali. Selain dari mempunyai daya hafazan yang mantap, mereka memiliki kepintaran yang luar biasa seperti yang berlaku kepada Imam Ghazali, Imam Syarie, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan lain-lain.


SISTEM INGATAN MANUSIA

Maklumat yang diterima akan disimpan di dalam ingatan. Terdapat dua jenis sistem ingatan :

(i) INGATAN JANGKA PENDEK Maklumat yang diterima, disimpan di dalam ingatan jangka pendek dalam tempoh yang singkat, iaitu di antara 30 saat hingga 24 jam. Proses kehilangan maklumat dari gudang ini amat pantas kerana muatannya terhad. Ianya mudah hilang dari ingatan seperti nombor telefon, senarai harga dan nombor pendaftaran kenderaan. Sesetengah maklumat dari sistem ingatan jangka pendek akan berpindah memasuki sistem ingatan jangka panjang jika ianya diberi penumpuan dan diulang-ulang. Maklumat yang tidak berpindah ke sistem ingatan jangka panjang, kebanyakkannya akan lupus begitu saja.

(ii) INGATAN JANGKA PANJANG Ingatan ini bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama. Sebenarnya setiap maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetap kekal sehingga ke akhir hayat seseorang. Yang menyebabkan kita tidak dapat mengingati kembali ialah kerana kelemahan untuk 'memanggil kembali' (recall) maklumat tersebut dari gudang ingatan jangka panjang. Maklumat dari ingatan jangka panjang tidak akan luput. Ianya masih wujud dalam ingatan, cuma mengambil masa untuk dikeluarkan kerana sudah lama tidak digunakan. Anda mungkin pernah terserempak dengan kawan lama tetapi tidak dapat mengingati namanya. Puas anda cuba mengingati namanya semasa berbual tetapi gagal. Setelah pulang, tiba-tiba baru anda teringat namanya. Begitu juga kadang-kadang kita terlupa dengan sesuatu yang sudah diingati seperti nama jalan, bangunan atau tajuk buku. Selepas beberapa ketika kita mampu mengingatinya semula.


Ini menunjukkan maklumat itu masih ada, tetap tersimpan. Kita masih 'ingat' maklumat tersebut, bukan lupa. Cuma itu adalah kelemahan kita untuk memanggil kembali maklumat itu. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan 'LUPA' dalam kehidupan seharian. Penyelidikan pakar psikologi dan neurologi menegaskan kenyataan "Setiap maklumat yang tersimpan di dalam ingatan jangka panjang tidak akan hilang dan msunah selama-lamanya sehingga ke akhir hayat seseorang." Ini bukanlah cakap-cakap kosong tanpa bukti ilmiah dari para pengkaji otak. Pelbagai eksperimen saintis otak dan amalan ahli hypnotisme membuktikan penyataan tersebut. Dr. Wilder Penfield, seorang saintis otak dari Universiti McGill, Montreal, telah melakukan pembedahan ke atas otak pesakitnya. Beliau telah mengalirkan arus elektrik dengan kadar yang sangat halus pada otak subjeknya iaitu pada bahagian yang dikenali sebagai neucortex. Terbukti subjeknya didapati mampu mengingati peristiwa-peristiwa puluhan tahun lampau dengan terperinci. Misalnya warna baju, nombor-nombor telefon, perbualan pada hari-hari yang tertentu pada puluhan tahun yang lalu.

Begitu juga yang berlaku kepada para subjek ahli-ahli hypnotisme. Hypnotisme adalah ilmu membangkitkan minda bawah sedar seseorang dengan menidurkannya terlebih dahulu. Subjek-subejk ahli hypnotisme juga mampu mengingati kembali peristiwa lampau dan mampu menceritakan apa yang dilakukan oleh mereka pada hari-hari tertentu pada 10,20 malah 50 tahun yang lampau! Kedua-dua jenis eksperimen ini membuktikan maklumat tersebut tetap kekal di dalam ingatan dan tidak akan luput selama-lamanya.Orang genius dan yang mempunyai ingatan luar biasa ialah orang yang berkebolehan 'memanggil kembali' maklumat yang tersimpan di dalam sistem ingatan jangka panjang. Itu sahaja kebolehan mereka. Benarlah pendapat Professor Diraja Ungku Aziz bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk menyimpan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga banyaknya jika mengetahui tekniknya.Jika anda ingin menjadi gemius, anda haruslah menguatkan potensi otak dengan meransang, melatih, menyubur, menyihat dan mencergaskan otak melalui kaedah-kaedah moden dan tradisional. Kajian menunjukkan keupayaan otak boleh ditingkatkan perkembangannya melalui berbagai-bagai rangsangan, saranan, pemakanan, senaman, latihan, amalan dan pantang hidup. Kajian ulama-ulama Islam menambah bahawa amalan-amalan kerohanian termasuk doa, ibadah dan taqwa juga boleh menyubur dan mengaktifkan sel-sel otak.





Jumaat, 11 Januari 2013

EQ,SQ, DAN IQ.........

Menurut  kajian   yang  dikeluarkan  oleh 
Harvard   School, faktor dominan kepada 
kejayaan individu terletak kepada elemen 
sikap.  Sikap  menyumbang  93% berban-
ding   7%   disumbangkan oleh ilmu, ke-
mahiran serta  maklumat.

Berpandu kepada kajian oleh Dr Thomas 
Barry  (pakar kualiti IBM) pula, kejayaan 
individu   dipengaruhi   oleh   90% sikap
dan hanya 10% ilmu pengetahuan.

Kajian   terkini   mendapati   faktor EQ
(kematangan Emosi) dan SQ(Tahap kecer-
dasan Rohani) menjadi faktor dominan da-
lam   mencapai   kecemerlangan   diri ber-
banding faktor IQ (Tahap Kecerdasan Akal)