AS SALAMUALAIKUM




Timbalah Ilmu Hingga Ke Negara China.....
dan
Jangan Bosan Menambah Ilmu Di Dada....

Ahad, 25 Mac 2012

Mengingati Allah SWT

Allah berfirman dalam Hadith Qudsi:
Maksudnya:
"Wahai anak Adam! Apabila engkau ingat pada-
Ku dalam keadaan sunyi sepi, Aku akan ingat pu-
la kepadamu dalam keadaan sunyi sepi. Dan apa-
bila engkau ingat kepada-Ku ditengah khalayak 
ramai, Aku akan ingat pula kepadamu ditengah 
khalayak ramai yang lebih baik dari tempat eng-
kau ingat kepada-Ku." (HQR Bazzar yang ber-
sumber dari Ibnu Abbas r.a)


     Hadith ini mendorong hambanya untuk gemar 
melakukan zikrullah secara terus menerus, baik 
bersendirian mahu pun bersama-sama. Allah SWT 
sentiasa sangat dekat kepada hambaNya yang se-
lalu zikir kepada Allah.


     Dalam Al-Quran banyak sekali ayat-ayat yang 
menunjukkan dan menyuruh melakukan zikrullah 
dan menerangkan ketinggian orang-orang yang 
suka melakukan zikir, antara lain:


Maksudnya:
"Dan ingatlah sebanyak-banyaknya kepada Rabb-
mu dan ucapkan tasbih, pagi dan petang" (Ali-
Imran:41)


Maksudnya:
Dan ingatlah Rabmu didalam hati dengan meren-
dahkan diri dan takut"
(al-A'raf:205)


Maksudnya:
"Dan ingatlah Rabmu apabila engkau lupa." (Al-
Kahfi:24)



Pahala Memuji Syukur

Allah swt berfirman dalam Hadith Qudsi:
Maksudnya; Sekiranya Aku uji salah seorang ham-
baKu yang beriman, lalu ia memujiKu atas ujian 
itu, berilah pahala yang bersambungan baginya, 
sebagaimana pahala yang kamu berikan (atas a-
mal yang mereka lakukan). (HQR. Ahmad dan Tha-
barani dalam dalam kitab Mu'jamnya yang tiga, 
dari Abul Asy'at as-Shan'ani)


     Setelah manusia diciptakan oleh Allah swt dan 
diberikan rezekinya, dengan menyerahkan isi langit 
dan bumi kepadanya, dan meratakan nikmat kepada-
nya tidaklah ia dibiarkan begitu saja, tetapi diberi-
kan ujian dan cubaan. Apakah ia bersyukur, ingkar 
dan kufur.


Cubaan dan ujian ini meliputi yang baik dan buruk, 
Firman Allah swt:
Maksudnya; Kami akan menguji kamu dengan ke-
burukan dan kebaikan sebagai cubaan yang (sebenar-
benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikem-
balikan. (Al-Anbiyaa; ayat 35)


     Oleh kerana itu Nabi saw selalu memohon, (untuk 
mengajar umatnya supaya memohon) agar diuji de-
ngan perkara yang baik sahaja. Baginda berdoa:
"Ya Allah, kami memohon agar Engkau jangan me-
nguji kami, kecuali dengan hal-hal yang lebih baik."


     Kita renungkan beberapa ayat didalam Al-Quran 
yang mengungkap tentang bala dan Ibtila'dengan 
segala macam bentuknya:

Maksudnya:
Sesungguhnya kalian akan diuji tentang harta dan 
diri kalian, dan kalian akan banyak mendengar per-
kataan yang menyakitkan hati, dari orang-orang yang 
mempercayai kitab yang diturunkan sebelum kalian, 
dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah 
(penyambah berhala). Dan kalau kalian sabar (meme-
lihara dan menjaga diri), sesungguhnya itu termasuk 
perkara keteguhan hati yang utama. (surah Ali- 
Imran: ayat 186)




     Dan Dialah yang menjadikan kalian penguasa di 
bumi, dan sebahagian kalian ditinggikan Allah be-
berapa darjat dari yang lain. Kerana Allah hendak 
menguji kalian tentang apa yang dikurniakanNya 
kepada kalian. Sesungguhnya Allah sangat cepat 
menjatuhkan hukuman, dan sesungguhnya Dia 
Pengampun dan Penyayang.(surah Al-An'am: ayat 165)



Selasa, 20 Mac 2012

DIET RASULULLAH SAW

Jangan makan susu + makan daging


Jangan makan daging + Ikan


Jangan makan Ikan + Susu


Jangan makan Ayam + Susu


Jangan makan Ikan + Telur


Jangan makan Ikan + Daun salad


Jangan makan Susu + Cuka


Jangan makan Buah + susu (koktel)


Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.


Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu baru makan nasi.


TIDUR 1jam selepas makan tengahari.


Dari Medik TV

KISAH TASBIH FATIMAH

Ali ra pernah berkata kepada anak muridnya:
"Patutkah aku menceritakan kepada kamu semua 
kisah mengenai Fatimah ra yang paling dicintai 
dan dikasihi oleh Rasulullah SAW?"


     Murid-muridnya memberi jawapan setuju, lalu 
beliau pun bercerita: "Fatimah ra biasa mengguna-
kan pengisar untuk mengisar biji-bijian yang men-
yebabkan tumbuh bintat-bintat pada tapak tangan-
nya. Dia mengangkat air ke rumahnya dalam se-
buah beg kulit sehingga menyebabkan timbul parut 
dibahagian atas dadanya. Dia mencuci rumahnya 
seorang diri sehingga pakaiannya kotor. Sekali pe-
ristiwa beberapa orang tawanan perang telah di-
bawa ke Madinah. Aku pun berkata kepadanya:


     "Pergilah engkau kepada Rasulullah SAW dan 
mohonlah kepadanya agar diberikannya seorang 
pembantu supaya dapat membantumu didalam kerja-
kerja rumahmu." Dia pun pergi mendapatkan bagin-
da tetapi didapatinya ramai orang telah mengelilingi 
baginda. 


     Oleh kerana dia seorang yang bersopan santun, 
dia tidaklah berani untuk membuat permohonan itu 
kepada Rasulullah SAW di hadapan khalayak ramai. 
Pada keesokan harinya, Rasulullah SAW telah da-
tang ke rumah kami dan berkata: "Hai Fatimah! 
apakah yang menyebabkan engkau datang kepada-
ku semalam?'


     Dia merasa malu untuk menyatakannya lalu men-
diamkan diri sahaja. Aku pun berkata: "Ya Rasulullah 
SAW, Fatimah telah ditumbuhi bintat-bintat yang me-
nyelar ditangan-tangannya dan dadanya disebabkan 
dia mengisar dan mengangkat air bersendirian. 
Dia juga sibuk membersih rumah dan lain-lain urus-
an pekerjaan rumahtangga menyebabkan pakaiannya 
kotor. Aku menyuruhnya supaya pergi menemuimu 
untuk meminta orang tawanan agar meringankan 
bebannya itu."


     Rasulullah SAW pun berkata:
"Takutlah akan Allah, hai Fatimah. Bertaqwalah 
dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah 
dan kerja-kerja rumahtanggamu. Sewaktu hendak 
tidur, ucapkanlah 'Suhanallah' 33 kali, 'Alhamdu-
lillah' 33 kali dan 'AllahuAkbar' 34 kali. Dengan 
ini engkau dapati lebih berguna daripada seorang 
pembantu."


Fatimah berkata:
"Aku berpuas hati dengan Allah dan Rasulnya."


     Lihatlah kehidupan seorang anak perempuan 
Nabi yang dikasihi itu. Keadaan keluarga yang se-
derhana kehidupannya dimasa kita ini dimana para 
wanita memikirkan adalah mulia untuk wanita me-
lakukan kerja-kerja urusan rumahtangga. Mereka 
memerlukan pertolongan dalam setiap urusan bah-
kan dalam bilik mandi sekalipun! Betapa jauh ber-
bezanya dengan keadaan Fatimah.




     Menurut hadith ini, zikir yang ditentukan itu 
hendaklah diamalkan sebelum tidur. Dalam hadith-
hadith yang lain, diriwayatkan bahawa Rasulullah 
SAW telah menasihati Fatimah supaya membaca 
Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu 
Akbar 33 kali dan La ilaha ilallahu wahdahu laasy-
arikalahu lahul mulku walahulhamduwahuwa ala 
kulli sai'in qodir 1 kali setiap selepas solat.





Isnin, 19 Mac 2012

ANAK-ANAK PEREMPUAN NABI SAW

Ada empat anak perempuan Nabi s.a.w


1. Zainab ra
Beliau anak perempuan Nabi yang sulung dan di-
lahirkan pada tahun kelima selepas perkahwinan-
nya  yang  pertama dengan Khadijah yang mana
ketika itu baginda berusia tiga puluh tahun. Zainab
telah dikahwinkan dengan sepupunya Abul As Bin
Rabi'. Kisah mengenai penghijrahannya ke Madinah 
dan mengenai kecederaannya akibat serangan o-
rang Quraisy. Beliau menanggung penderitaan akibat 
kecederaan itu begitu lama, seterusnya menyebab-
kan kematiannya pada awal tahun kelapan Hijrah.


     Kemudian, suaminya memeluk islam dan berpin-
dah bersama-samanya ke Madinah.Zainab ra mem-
perolehi seorang anak lelaki bernama Ali dan se-
orang anak perempuan bernama Amamah. Ketika 
kejayaan orang islam memasuki Mekah, Ali telah 
duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w di atas bela-
kang seekor unta untuk memasuki kota tersebut.


     Kita kerap kali membaca dalam buku Hadith 
mengenai seorang budak perempuan kecil yang 
menunggang dibelakang Rasulullah s.a.w ketika 
baginda sedang sujud di dalam solat, anak kecil 
tersebut adalah Amamah. Beliau hidup lama sele-
pas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ali ra berkahwin 
dengan Amamah selepas kematian Fatimah diatas 
kehendak Fatimah sendiri. Sepanjang perkongsian 
hidup Amamah dengan Ali, mereka tidak mempu-
nyai seorang anak pun. Selepas Ali, Amamah ber-
kahwin pula dengan Mughirah Bin Naufal dan 
darinya beliau mendapat seorang anak lelaki yang 
dinamakan Yahya. Yahya meninggal dunia pada 
50 Hijrah.


2. Ruqayyah ra
Beliau dilahirkan tiga tahun selepas kelahiran 
Zainab ra ketika Rasulullah s.a.w berusia 33 tahun. 
Beliau dikawinkan kepada Utbah, anak lelaki bapa 
saudara Nabi s.a.w Abu Lahab. Tetapi kedua suami 
isteri ini tidak lagi tinggal bersama-sama apabila 
Allah SWT menurunkan surah Al-Lahab. Abu Lahab 
telah memanggil kedua-dua anak lelakinya, Utbah 
dan Utaibah( suami Ummu Kalthum) lalu berkata 
kepada mereka: "Aku tidak mahu melihat muka-
muka kamu lagi kecuali kamu berdua menceraikan 
anak-anak perempuan Muhammad."


     Mereka pun menceraikan isteri masing-masing. 
Setelah kejatuhan kota Mekah ke tangan kaum 
Muslimin, Utbah memeluk Islam. Selepas pencerai-
an itu, Ruqayyah ra berkahwin dengan Uthman ra. 
Pasangan suami isteri ini kemudiannya berhijrah 
ke Habsyah.


     Semenjak Rasulullah SAW mengumumkan ke-
pada para sahabat bahawa baginda sedang menjang-
ka untuk menerima perintah Allah SWT supaya ber-
hijrah ke Madinah, maka umat Islam mula berhijrah 
ke Madinah sebelum dan sesudah penghijrahan Nabi 
SAW. Uthman dan Ruqayyah juga turut berpindah 
ke Madinah sebelum Nabi berbuat demikian.


     Semasa peperangan Badar, Ruqayyah telah jatuh 
sakit(yang mana ia telah meninggal dunia akibat 
sakit itu). Oleh itu Rasulullah SAW menyuruh 
uthman tinggaldi Madinah untuk menjaga isterinya 
itu. Berita mengenai kejayaan umat Islam di Badar 
sampai ke Madinah ketika orang-orang sedang kem-
bali dari pengkebumian Ruqayyah.


     Dengan itu, Rasulullah tidak dapat menghadiri 
pengkebumian anak perempuannya itu. Ruqayyah 
telah melahirkan seorang anak lelaki yang dinama-
kan Abdullah, yang terus hidup selepas kematian 
ibunya itu tetapi pada tahun keempat Hijrah ia pun 
meninggal dunia ketika berusia 6 tahun.




3. Ummu Kalthun ra
Anak perempuan Rasulullah SAW yang ketiga. 
Beliau telah dikahwinkan dengan Utaibah, anak 
lelaki Abu Lahab tetapi bercerai apabila turun-
nya surah Al- Lahab yang mengutuk bapa Utaibah 
sebagaimana telah disebutkan tadi. Selepas men-
ceraikan Ummu Kalthum, Utaibah telah pergi 
menemui Rasulullah SAW dan mengeluarkan kata-
kata yang kesat lagi biadap terhadap baginda lalu 
baginda menyumpahnya dengan berkata:"Semoga 
engkau dibinasakan oleh anjing-anjing Allah SWT."


     Abu Talib yang tidak memeluk Islam merasa ce-
mas mendengar sumpah baginda, lalu ia berkata 
kepada Utaibah:"Kamu tidak ada jalan keluar lagi 
sekarang."


     Pada suatu ketika, Utaibah menemani Abu Lahab 
didalam suatu kafilah yang hendak pergi ke Syria. 
Meskipun Meskipun Abu Lahab tidak mempercayai 
akan sumpah Nabi SAW itu, namun ia berkata ke-
pada ahli-ahli kafilah itu:
"Aku merasa gentar akan sumpah Muhammad itu. 
Hendaklah kamu semua mengawasi anak lelakiku."


Selepas kematian Ruqayyah, Ummu Kalthum dikah-
winkan dengan Uthman pada bulan Rabiul Awal 
tahun ketiga Hijrah. Sabda Rasulullah SAW: "Aku 
mengahwinkan Ummu Kalthum dengan Uthman 
atas perintah Allah SWT."




     Ummu Kalthum meninggal dunia pada bulan
Sya'ban tahun 9 Hijrahtanpa mendapat seorang 
anak pun disepanjang perkahwinannya. Selepas 
kematiannya, Rasulullah telah diriwayatkan telah 
bersabda: "Sekiranya aku mempunyai anak perem-
puan lagi, tentu aku akan mengahwinkannya de
ngan Uthman."


4. Fatimah ra
Fatimah merupakan anak perempuan Rasulullah 
SAW yang keempat dan yang paling bungsu.Beliau 
akan menjadi ketua bagi para wanita di syurga. Be-
liau dilahirkan pada tahun pertama dakwah Islam 
ketika baginda SAW berusia 41 tahun. Adalah di-
riwayatkan bahawa nama Fatimah (bermaksud 
selamat dari api) telah diwahyukan oleh Allah SWT. 
Ketika usianya lebih kurang 15 tahun pada tahun 
2 Hijrah beliau dikahwinkan dengan dengan Ali 
dan tinggal bersama-samanya. Dimana ketika itu 
Ali berusia 21 tahun. Rasulullah SAW amat me-
ngasihi Fatimah diantara semua anak-nak perem-
puannya yang lain.


     Apabila Ali ada niat untuk berkahwin dengan 
anak perempuan Abu Jahal, Fatimah amat merasa 
dukacita lalu mencurahkan kedukacitaanya itu ke-
pada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata 
kepada Ali: "Fatimah adalah sebahagian daripadaku, 
sesiapa yang melukakannya, maka bererti dia telah 
melukakan aku."


Maka Ali pun segera membatalkan niatnya untuk 
berkahwin lain semasa hayat Fatimah. Selepas ke-
matiannya, Ali berkahwin dengan anak saudara 
perempuan Fatimah, Iaitu Amamah.


     Adapun lebih kurang 6 bulan selepas Rasulullah 
SAW wafat, Fatimah telah jatuh sakit. Pada suatu 
hari, beliau berkata kepada pembantunya:"Aku 
hendak mandi. Siapkanlah air untukku."


     Kemudian setelah beliau mandi, beliau mahu 
katilnya ditempatkan ditengah-tengah bilik itu. 
beliau berbaring diatas katil dan berkata:
"Aku akan meninggal dunia sekarang."


     Sejurus kemudian, beliau pun menghembuskan 
nafas nya yang terakhir. Fatiamah mempunyai tiga 
orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. 
Hasan ra dan Hussin ra masing-masing telah dilahir-
kan pada tahun kedua dan tahun ketiga selepas per-
kahwinan beliau. Muhassan ra anak lelakinya yang 
ketiga dilahirkan pada tahun keempat Hijrah tetapi 
meninggal dunia sejak kecil lagi.

ANAK-ANAK LELAKI NABI S.A.W

Rasulullah s.a.w mempunyai tiga orang anak lelaki 
dan empat orang anak perempuan.


1. Qasim
Adalah anak sulungnya yang dilahirkan sebelum 
berlakunya dakwah islam. Dia meninggal dunia 
ketika berusia 2 tahun.


2. Abdullah
Anak yang kedua, dilahirkan setelah berlakunya 
dakwah islam. Oleh itu dia dipanggil Tayyab atau 
Tahir. Dia juga meninggal dunia ketika diusia 
yang masih terlalu muda. Kaum Quraisy merasa 
gembira dengan kematian ini, lalu mereka ber-
kata:"Muhammad tidak mempunyai anak lelaki, 
lantaran itu dia tidak akan memperolehi anak cucu 
lagi. Ini menyebabkan namanya lenyap selepas ke-
matiannya."


     Berikutan dengan peristiwa ini, Allah swt telah 
mewahyukan kepada Rasulullah saw surah Al-
Kauthar, berbunyi:"Sesungguhnya kami telah 
memberikan kepadamu nikmay yang banyak. Maka 
dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu, dan ber-
korbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang mem-
benci kamu dialah yang terputus" (Al-Kauthar1-3)


3. Ibrahim
Anak lelaki baginda yang ketiga dan terakhir sekali, 
dilahirkan di Madinah pada tahun kelapan Hijrah 
oleh hamba perempuannya yang bernama Mariah. 
Rasulullah mengerjakan upacara aqiqah pada hari 
ketujuh kelahirannya. Dua ekor anak kambing biri-
biri telah disembelih dan rambut anaknya itu dicu-
kur oleh Abu Hind Bayazi ra. Wang perak yang sama 
beratnya dengan rambut Ibrahim dibelanjakan se-
bagai sedekah dan kemudian rambutnya itu ditanam.


Rasulullah s.a.w bersabda:
"Aku akan menemakan anak ini seperti nenek moyang-
ku, Ibrahim." Kemudian, Ibrahim meninggal dunia 
pada 10hb. Rabiulawal tahun 10 Hijrah ketika berusia 
18 bulan sahaja. Ketika kematiannya, Rasulullah s.a.w 
menyatakan :"Allah telah melantik seorang pengasuh 
di syurga untuk memelihara Ibrahim di taman-taman 
syurga."