Walaupun pakaian adalah suatu yang penting
untuk mengambarkan peribadi seseorang, tetapi i-
tu bukan matlamat dimana seorang muslim perlu
berbelanja lebih untuk pakaian yang cantik lagi
mahal. Tidak ada fesyen tertentu bagi pakaian
yang mesti dipakai bagi sesuatu masyarakat dan
islam juga tidak menentukan kita hanya boleh me-
makai satu jenis pakaian sahaja. Tetapi beberapa
garis panduan mengenai pakaian bagi lelaki dan
wanita memang telah disebut dalam islam sebagai-
mana berikut:
1. Tidak meniru gaya atau fesyen pakaian orang
yang bukan Islam.
2. Pakaian lelaki hendaklah tidak menyerupai pa-
kaian perempuan dan sebaliknya.
3. Boleh berpakaian cantik dan kemas kerana ber-
syukur kepada Allah di atas kurniaNya, asalkan
tidak menyalahi peraturan pakaian yang telah
ditetapkanNya. Memakai pakaian untuk bermegah-
megah dan sombong adalah haram kerana sombong,
takbur dan bermegah-megah adalah sentiasa ditegah
dalam semua keadaan.
4. Pakaian lelaki hendaklah menutup auratnya ia-
itu sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut.
Pakaian wanita hendaklah menutup seluruh tubuh-
nya kecuali muka dan tangan.
5. Pakaian yang menutup aurat hendaklah tidak
jarang atau mengikut bentuk badan.
6. Memakai pakaian seragam adalah tidak dilarang:
golongan profesional, askar, bomba, jururawat dan
lain-lainnya selagi ia menutup aurat. Tetapi tidak
dianjurkan alim ulama mengadakan pakaian seragam
khusus bagi mereka, kerana islam melarang sebarang
bentuk kepadrian.
7. Pakaian hendaklah sentiasa bersih tapi tidak se-
mestinya baru.
8. Tidak ada warna tertentu yang wajib dipakai oleh
orang muslim asalkan menjaga batas-batas aurat dan
perhiasan. Warna putih adalah warna yang baik bagi
seorang Islam.
9. Pakaian hendaklah yang mudah dipakai dan di-
tanggalkan dan tidak menghalang ibadah seperti
ketika mengambil wuduk.
10. Hendaklah mengucap syukur di atas kurniaan
Allah apabila membeli pakaian baru.
11. Apabila mengenakan pakaian, hendaklah dimu-
lai dengan sebelah kanan dan memulakan dengan
sebelah kiri bila hendak menanggalkannya setelah
menyebut nama Allah diawal kedua-dua proses.
Pakaian Lelaki
1. Hendaklah mengambil kira panduan umum se-
bagaimana yang telah dinyatakan diatas.
2 Memakai sutera, broket, sutera yang disulam atau
baju yang disulam dengan sutera adalah HARAM
bagi lelaki kecuali bagi mereka yang terpaksa me-
makainya atas sebab-sebab perubatan.
3. Lelaki juga patut menjauhi memakai baju berwar-
na kunyit atau kuning kemerahan. Wanita tidak
dilarang dari memakai baju berwarna tersebut.
4. Memakai pakaian yang tidak menepati suruhan
Islam, mengambarkan mengikut budaya bukan
Islam yang hukumnya adalah HARAM.
5. Pakaian lelaki terdiri dari:
a. Baju panas yang dipakai ketat(singlet)dibawah
baju luar.
b. Seluar dalam.
c. Pakaian luar yang terdiri dari dua:seluar dan baju.
d. Penutup kepala berbentuk serban atau kopiah.
6. Pakaian sukan dan renang. Hendaklah mematuhi
syarat-syarat menutup aurat iaitu ia mestilah menu-
tup bahagian diantara pusat dan lutut, tidak ketat
dan tidak jarang.
Pakaian wanita
1. Hendaklah mengambil kira panduan asas seperti
yang telah dijelaskan.
2. Pakaian wanita muslim hendaklah mematuhi se-
mua syarat-syarat dibawah ini:
a. Menutup dan menyembunyikan seluruh tubuh
kecuali muka dan tangan.
b. Pakaian hendaklah bukan dari kain jarang atau
nipis yang akan menampakkan kulit atau bentuk
badan.
c. Pakaian mestilah longgar dan tidak ketat atau
mengikut bentuk badan.
d. Tidak mengikut fesyen pakaian yang bukan islam
sekalipun bertudung, hendaklah tudung yang me-
matuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh islam,
bukan fesyen tudung yang kecil dan berwarna-warni
seperti yang banyak terdapat sekarang ini.
e. Pakaian wanita hendaklah melambangkan ciri-
ciri kewanitaannya dan tidak menyerupai pakaian
lelaki.
f. Hendaklah pakaian itu bukan berwarna garang
atau yang mengghairahkan.
g. Tidak memakai bau-bauan apabila diluar rumah
atau ditempat yang ada bukan mahramnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan