AS SALAMUALAIKUM




Timbalah Ilmu Hingga Ke Negara China.....
dan
Jangan Bosan Menambah Ilmu Di Dada....

Isnin, 19 Mac 2012

ANAK-ANAK PEREMPUAN NABI SAW

Ada empat anak perempuan Nabi s.a.w


1. Zainab ra
Beliau anak perempuan Nabi yang sulung dan di-
lahirkan pada tahun kelima selepas perkahwinan-
nya  yang  pertama dengan Khadijah yang mana
ketika itu baginda berusia tiga puluh tahun. Zainab
telah dikahwinkan dengan sepupunya Abul As Bin
Rabi'. Kisah mengenai penghijrahannya ke Madinah 
dan mengenai kecederaannya akibat serangan o-
rang Quraisy. Beliau menanggung penderitaan akibat 
kecederaan itu begitu lama, seterusnya menyebab-
kan kematiannya pada awal tahun kelapan Hijrah.


     Kemudian, suaminya memeluk islam dan berpin-
dah bersama-samanya ke Madinah.Zainab ra mem-
perolehi seorang anak lelaki bernama Ali dan se-
orang anak perempuan bernama Amamah. Ketika 
kejayaan orang islam memasuki Mekah, Ali telah 
duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w di atas bela-
kang seekor unta untuk memasuki kota tersebut.


     Kita kerap kali membaca dalam buku Hadith 
mengenai seorang budak perempuan kecil yang 
menunggang dibelakang Rasulullah s.a.w ketika 
baginda sedang sujud di dalam solat, anak kecil 
tersebut adalah Amamah. Beliau hidup lama sele-
pas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ali ra berkahwin 
dengan Amamah selepas kematian Fatimah diatas 
kehendak Fatimah sendiri. Sepanjang perkongsian 
hidup Amamah dengan Ali, mereka tidak mempu-
nyai seorang anak pun. Selepas Ali, Amamah ber-
kahwin pula dengan Mughirah Bin Naufal dan 
darinya beliau mendapat seorang anak lelaki yang 
dinamakan Yahya. Yahya meninggal dunia pada 
50 Hijrah.


2. Ruqayyah ra
Beliau dilahirkan tiga tahun selepas kelahiran 
Zainab ra ketika Rasulullah s.a.w berusia 33 tahun. 
Beliau dikawinkan kepada Utbah, anak lelaki bapa 
saudara Nabi s.a.w Abu Lahab. Tetapi kedua suami 
isteri ini tidak lagi tinggal bersama-sama apabila 
Allah SWT menurunkan surah Al-Lahab. Abu Lahab 
telah memanggil kedua-dua anak lelakinya, Utbah 
dan Utaibah( suami Ummu Kalthum) lalu berkata 
kepada mereka: "Aku tidak mahu melihat muka-
muka kamu lagi kecuali kamu berdua menceraikan 
anak-anak perempuan Muhammad."


     Mereka pun menceraikan isteri masing-masing. 
Setelah kejatuhan kota Mekah ke tangan kaum 
Muslimin, Utbah memeluk Islam. Selepas pencerai-
an itu, Ruqayyah ra berkahwin dengan Uthman ra. 
Pasangan suami isteri ini kemudiannya berhijrah 
ke Habsyah.


     Semenjak Rasulullah SAW mengumumkan ke-
pada para sahabat bahawa baginda sedang menjang-
ka untuk menerima perintah Allah SWT supaya ber-
hijrah ke Madinah, maka umat Islam mula berhijrah 
ke Madinah sebelum dan sesudah penghijrahan Nabi 
SAW. Uthman dan Ruqayyah juga turut berpindah 
ke Madinah sebelum Nabi berbuat demikian.


     Semasa peperangan Badar, Ruqayyah telah jatuh 
sakit(yang mana ia telah meninggal dunia akibat 
sakit itu). Oleh itu Rasulullah SAW menyuruh 
uthman tinggaldi Madinah untuk menjaga isterinya 
itu. Berita mengenai kejayaan umat Islam di Badar 
sampai ke Madinah ketika orang-orang sedang kem-
bali dari pengkebumian Ruqayyah.


     Dengan itu, Rasulullah tidak dapat menghadiri 
pengkebumian anak perempuannya itu. Ruqayyah 
telah melahirkan seorang anak lelaki yang dinama-
kan Abdullah, yang terus hidup selepas kematian 
ibunya itu tetapi pada tahun keempat Hijrah ia pun 
meninggal dunia ketika berusia 6 tahun.




3. Ummu Kalthun ra
Anak perempuan Rasulullah SAW yang ketiga. 
Beliau telah dikahwinkan dengan Utaibah, anak 
lelaki Abu Lahab tetapi bercerai apabila turun-
nya surah Al- Lahab yang mengutuk bapa Utaibah 
sebagaimana telah disebutkan tadi. Selepas men-
ceraikan Ummu Kalthum, Utaibah telah pergi 
menemui Rasulullah SAW dan mengeluarkan kata-
kata yang kesat lagi biadap terhadap baginda lalu 
baginda menyumpahnya dengan berkata:"Semoga 
engkau dibinasakan oleh anjing-anjing Allah SWT."


     Abu Talib yang tidak memeluk Islam merasa ce-
mas mendengar sumpah baginda, lalu ia berkata 
kepada Utaibah:"Kamu tidak ada jalan keluar lagi 
sekarang."


     Pada suatu ketika, Utaibah menemani Abu Lahab 
didalam suatu kafilah yang hendak pergi ke Syria. 
Meskipun Meskipun Abu Lahab tidak mempercayai 
akan sumpah Nabi SAW itu, namun ia berkata ke-
pada ahli-ahli kafilah itu:
"Aku merasa gentar akan sumpah Muhammad itu. 
Hendaklah kamu semua mengawasi anak lelakiku."


Selepas kematian Ruqayyah, Ummu Kalthum dikah-
winkan dengan Uthman pada bulan Rabiul Awal 
tahun ketiga Hijrah. Sabda Rasulullah SAW: "Aku 
mengahwinkan Ummu Kalthum dengan Uthman 
atas perintah Allah SWT."




     Ummu Kalthum meninggal dunia pada bulan
Sya'ban tahun 9 Hijrahtanpa mendapat seorang 
anak pun disepanjang perkahwinannya. Selepas 
kematiannya, Rasulullah telah diriwayatkan telah 
bersabda: "Sekiranya aku mempunyai anak perem-
puan lagi, tentu aku akan mengahwinkannya de
ngan Uthman."


4. Fatimah ra
Fatimah merupakan anak perempuan Rasulullah 
SAW yang keempat dan yang paling bungsu.Beliau 
akan menjadi ketua bagi para wanita di syurga. Be-
liau dilahirkan pada tahun pertama dakwah Islam 
ketika baginda SAW berusia 41 tahun. Adalah di-
riwayatkan bahawa nama Fatimah (bermaksud 
selamat dari api) telah diwahyukan oleh Allah SWT. 
Ketika usianya lebih kurang 15 tahun pada tahun 
2 Hijrah beliau dikahwinkan dengan dengan Ali 
dan tinggal bersama-samanya. Dimana ketika itu 
Ali berusia 21 tahun. Rasulullah SAW amat me-
ngasihi Fatimah diantara semua anak-nak perem-
puannya yang lain.


     Apabila Ali ada niat untuk berkahwin dengan 
anak perempuan Abu Jahal, Fatimah amat merasa 
dukacita lalu mencurahkan kedukacitaanya itu ke-
pada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata 
kepada Ali: "Fatimah adalah sebahagian daripadaku, 
sesiapa yang melukakannya, maka bererti dia telah 
melukakan aku."


Maka Ali pun segera membatalkan niatnya untuk 
berkahwin lain semasa hayat Fatimah. Selepas ke-
matiannya, Ali berkahwin dengan anak saudara 
perempuan Fatimah, Iaitu Amamah.


     Adapun lebih kurang 6 bulan selepas Rasulullah 
SAW wafat, Fatimah telah jatuh sakit. Pada suatu 
hari, beliau berkata kepada pembantunya:"Aku 
hendak mandi. Siapkanlah air untukku."


     Kemudian setelah beliau mandi, beliau mahu 
katilnya ditempatkan ditengah-tengah bilik itu. 
beliau berbaring diatas katil dan berkata:
"Aku akan meninggal dunia sekarang."


     Sejurus kemudian, beliau pun menghembuskan 
nafas nya yang terakhir. Fatiamah mempunyai tiga 
orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. 
Hasan ra dan Hussin ra masing-masing telah dilahir-
kan pada tahun kedua dan tahun ketiga selepas per-
kahwinan beliau. Muhassan ra anak lelakinya yang 
ketiga dilahirkan pada tahun keempat Hijrah tetapi 
meninggal dunia sejak kecil lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan