Rasulullah s.a.w mempunyai tiga orang anak lelaki
dan empat orang anak perempuan.
1. Qasim
Adalah anak sulungnya yang dilahirkan sebelum
berlakunya dakwah islam. Dia meninggal dunia
ketika berusia 2 tahun.
2. Abdullah
Anak yang kedua, dilahirkan setelah berlakunya
dakwah islam. Oleh itu dia dipanggil Tayyab atau
Tahir. Dia juga meninggal dunia ketika diusia
yang masih terlalu muda. Kaum Quraisy merasa
gembira dengan kematian ini, lalu mereka ber-
kata:"Muhammad tidak mempunyai anak lelaki,
lantaran itu dia tidak akan memperolehi anak cucu
lagi. Ini menyebabkan namanya lenyap selepas ke-
matiannya."
Berikutan dengan peristiwa ini, Allah swt telah
mewahyukan kepada Rasulullah saw surah Al-
Kauthar, berbunyi:"Sesungguhnya kami telah
memberikan kepadamu nikmay yang banyak. Maka
dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu, dan ber-
korbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang mem-
benci kamu dialah yang terputus" (Al-Kauthar1-3)
3. Ibrahim
Anak lelaki baginda yang ketiga dan terakhir sekali,
dilahirkan di Madinah pada tahun kelapan Hijrah
oleh hamba perempuannya yang bernama Mariah.
Rasulullah mengerjakan upacara aqiqah pada hari
ketujuh kelahirannya. Dua ekor anak kambing biri-
biri telah disembelih dan rambut anaknya itu dicu-
kur oleh Abu Hind Bayazi ra. Wang perak yang sama
beratnya dengan rambut Ibrahim dibelanjakan se-
bagai sedekah dan kemudian rambutnya itu ditanam.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Aku akan menemakan anak ini seperti nenek moyang-
ku, Ibrahim." Kemudian, Ibrahim meninggal dunia
pada 10hb. Rabiulawal tahun 10 Hijrah ketika berusia
18 bulan sahaja. Ketika kematiannya, Rasulullah s.a.w
menyatakan :"Allah telah melantik seorang pengasuh
di syurga untuk memelihara Ibrahim di taman-taman
syurga."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan